JOM KITA KAWAN....

Wednesday, 7 September 2011

KOTA POMPEII, ITALI

Dalam salah satu wishing travel list, saya ada meletakkan Italy sebagai salah satu Negara wajib kunjung seandainya diberikan kesempatan untuk membuat pilihan. Kenapa Italy???

Banyak sebabnya, tapi yang pasti bukan kerana tarikan jenama fesyen antarabangsanya!…Saya sebenarnya lebih kepingin untuk melihat rentetan tamadun awal manusia yang banyak sekali dilakar dipersekitaran kota lama Rome yang sering menjadi bahan bacaan tatkala mempelajari subjek sejarah waktu zaman persekolahan.

Dan saya mahu mengecilkan sudut bicara pada kali ini kepada sebuah penempatan di Italy yang dikenali sebagai Kota Pompeii.

Pertama kali saya mendengar nama Pompeii adalah tatkala saya menerima hadiah sebuah buku cerita sewaktu bersekolah di primary school pada akhir tahun 1970-an..tak tahulah hadiah untuk apa ye…kuiz kaa…pelajaran ke..atau mungkin jugek..hadiah utk entah apa ke pertandingan yang saya masuk once upon a time dulu.. tajuk sebenar bukunya saya lupa tapi..rasenya berbunyi i lebih kurang begini “ RUNTUHNYA KOTA POMPEII”.

Walau..hati saya sedikit geram kerana mendapat sebuah buku yang saya tak berapa gemar..tapi buku tersebut habis jugek dibaca “dengan segala jerit perih”…almaklumlah masa tu saya lebih senang membaca citer2 NODDY,Cinderella, Beauty & The Beast, Kisah 5 Sekawan, Siri Penyiasatan Anak2 Hadi,Siri Salma dan yang seangkatan dengannya…

 

Back to buku citer Pompeii tadi.. Ia mengisahkan berkenaan dengan kisah kanak2 yang hidup dipersekitaran kota Pompeii dan diminta melarikan diri kerana kota Pompeii diberitakan akan tenggelam/hancur/tertimbus dek bencana alam dari debu dari gunung berapi.

Tika itu saya sendiri tidak mengetahui bahawa kota Pompeii itu benar2 wujud…kerana pada perkiraan saya…ia cuma kota rekaan si penulis semata2..dengan kata lain citer dongeng kanak2! Kih…kih…pada “zaman kanak-kanak riang” manalah akok ko ni nak kenal dunia luar…tambah lagi yang namanya pelik2 gini gaye!
Dan anehnya cerita tragis tentang runtuhnya kota Pompeii itu bagai menggamit sebuah memori yg sukar diungkap dengan kata2...

Woraittt..Jom kita sama2 lihat di manakah letaknya Kota Pompeii ini…

Pompeii adalah sebuah kota zaman Rom kuno yang berdekatan kota Napoli. Lani berada di wilayah Campania, Itali.

Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Malangnya, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang tersendiri, kota itu sebenarnya mempunyai cerita sisi hitamnya yang meloyakan.

Dikatakan bahawa aktiviti pelacuran serta hubungan homoseksual diamalkan secara berleluasa tanpa sempadan.

Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah sebagai daya tarikan alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan 'Mithra' yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Hal ini mengingatkan saya tentang kisah nabi Luth dan peringatan terhadap kaumnya yang suka mengamalkan hubungan sejenis diperincikan di dalam Al Quran untuk menjadi teladan bagi kita umat manusia. Sejarah pasti berulang dan peringatan Allah itu adalah diyakini Benar, belaka!

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya Surah Al-Anbiyaa ayat 74 dan 75 , Surah Asy-Syu'ara ayat 160 sehingga ayat 175 , Surah Hud ayat 77 sehingga ayat 83 , Surah Al-Qamar ayat 33 sehingga 39 dan surah At-Tahrim ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya
Dan sebelum kita berkisah lanjut tentang kota Pompeii…apa kata kita singkapkan sedikit tentang kisah nabi Luth ini agar pengajarannya dapat kita manfaatkan bersama!

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut , Laut Mati. Ibukotanya bernama Sodom.
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya.

Menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu dari menular kepada tetangga-tetangga yang terdekat, ialah dengan menghapuskan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas sikap buruk kaumnya itu dan menjadi teladan kepada mereka yang lain.Baginda memohon kepada Allah agar masyarakat Sadum ini diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak

Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat yang menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang turut diutuskan kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahu bahwa mereka adalah utusan Allah dengan tugas menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum.

Dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab keatas kaum Sadum ditangguhkan ,kalau-kalau mereka kembali sedar dan mengikuti ajakan Luth serta bertaubat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar.

Dalam pertemuan itu juga Nabi Ibrahim mohon agar anak saudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan ke atas kaum Sadum .

Para malaikat itu sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas tampan dengan badan yang berotot, tegap dan sasa tubuhnya. Dalam perjalanan mereka hendak memasuki kota, mereka berselisih dengan seorang gadis yang cantik dan ayu sedang mengambil air dari sebuah perigi.

Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada si gadis kalau-kalau mereka diterima ke rumah sebagai tetamu. Si gadis tidak berani memberi keputusan sebelum dia berunding terlebih dahulu dengan keluarganya. Maka ditinggalkanlah para lelaki muda dan pulang ke rumah untuk bersegera memberitahu ayahnya (Luth) tentang hajat lelaki2 muda (malaikat) tersebut.

Nabi Luth telah pun berpesan kepada isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan kedatangan lelaki 2 muda itu dari pengetahuan kaumnya. W/b/p, isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan penduduk Sadum, telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada kaumnya.

Dengan itu datanglah beramai-ramai lelak-lelaki Sodom ke rumah Nabi Luth, berhajat untuk memuaskan nafsu seksual mereka. Mereka berteriak memanggil Luth untuk melepas anak-anak muda itu kepada mereka untuk memuaskan nafsu.

Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin.Kaum Sodom berebut untuk memasuki rumah bagi mendapatkan lelaki muda berkenaan. Sebaik para penyerbu memijakkan kaki untuk masuk, tiba-tiba pandangan mereka menjadi gelap. Malaikat-malaikat tadi telah membutakan mata kaum tersebut.

Para penyerbu rumah Nabi Luth tadi berada dalam kekalutan dan berteriak-teriak bertanyakan sebabnya.

Para Malaikat menyeru Nabi Luth meninggalkan segera perkampungan itu bersama keluarganya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah menimpa kaumnya. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.

Nabi Luth keluar dari rumahnya sehabis tengah malam, bersama keluarganya yang terdiri dari seorang isteri dan dua puterinya. Mereka berjalan cepat menuju keluar kota, tidak menoleh ke kanan mahupun kekiri sebagaimana yang diarahkan oleh para malaikat yang menjadi tamunya.

Akan tetapi si isteri yang menjadi musuh dalam selimut mengingkari perintah tersebut.

Dia berada dibelakang rombongan Nabi Luth, berjalan perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-henti menoleh ke belakang karena ingin mengetahui apakah musibah yang akan menimpa ke atas kaumnya.Dia seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri.

Nabi Luth berserta kedua puterinya melewati batas kota Sadum. Maka sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua pemghuninya

Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sadum, dan hancurlah kota tersebut.

Melayari kisah kota Pompeii seolah...sejarah itu berputar kembali...

Dan...kisah tentang kota Pompeii..akan saya sambung dalam entry yang berikutnya...


2 comments:

fatt said...

assalamualaikum,

ralit sy baca entry ni..best klu baca sirah2 nabi sbb sume kisah2 tu ada dlm Al-Quran..

sambung lg ye kak, tq! ;)

Zie Noorzail said...

Salam Fatt

Makasih kerana sudi menyinggah.

Insya allah..kita sambung kisahnya nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...