JOM KITA KAWAN....

Thursday, 8 September 2011

KOTA POMPEII, ITALI...SEJARAH TERUNGKAI

Seperti yang saya janjikan...yopp kita merungkai misteri hilangnya kota Pompeii.

Kota Pompeii hancur akibat letusan gunung Vesuvius pada tahun 79 M. Gunung Vesuvius di sebut Monte Vesuvio dalam bahasa Itali merupakan satu2nya gunung berapi yang aktif di Eropah.

Kedudukan gunung Vesuvius

Debu letusan gunung Vesuvius telah menyebabkan 2 kota mengalami kemusnahan yang teruk dan lenyap dari peta dunia buat seketika. Kota berkenaan adalah Herculaneum dan Pompeii. Berbanding Herculaneum, Pompeii lebih glamer dan lebih banyak diperkatakan oleh peminat kembara kota purba.

Lihat kedudukan kota Heculaneum dan Pompeii yang suatu masa dulu telah lenyap dari peta dunia

Gunung Vesuvius dari Kota Pompei

Dan ..Jika minat anda membara untuk melihat gunung Vesuvius dari dekat maka jgn tidak-tidak… pegi le wat kunjungan hormat ke sana. Kawasan persekitarannya telah diisytiharkan sebagai Taman Negara pada 5 Jun 1995.

Puncak ke Vesuvius dibuka untuk tujuan lawatan & pendakian kepada orang awam.Jalan ke sana boleh dilalui dengan kenderaan.Tapi jarak 200m seterusnya utk menghala ke puncak Vesuvius anda kenalah berjalan kaki .

Al kisahnya, Pada awal bulan Ogos tahun 79M, tanda2 awal bencana telah mula diterjemahkan oleh bahasa alam.Mata air dan alur sungai mulai mengering. Pada 20 Ogos 79, Getaran-getaran gempa ringan mulai terjadi.. Tapi para penduduknya tidaklah mengambil perhatian secara serius akan hal ini memandangkan sebelum inipun getaran2 sebegitu sememangnya sering berlaku.

Illustrusi gunung Vesuvius yang memuntahkan lanar dan laharnya

Empat hari kemudian, pada petang 24 Ogos 79, ledakan dari gunung Vesuvius mulai mengganas dan amarah gunung Vesuvius ini telah menyebabkan kota Pompeii ditimbun dengan lanar gunung berapi dan debunya sejauh kedalaman dari 6-7 meter. Ia turut dikatakan mengorbankan 10,000 – 25,000 orang. Dan menyebabkan kota Pompeii ini lenyap dari permukaan bumi selama 1,700 tahun.


Secara kebetulan kejadian ini hampir bertepatan dengan Vulcanalia, perayaan dewa api yang dirayakan di Rome pada setiap 23 Ogos. Pada perayaan ini Unggun api besar dinyalakan dan Dewa Api ini dipersembahkan dengan hadiah korban seperti binatang dll.

Kawah gunung Vesuvius dari jarak dekat...

Psstt…Muntahan terakhir lahar gunung berapinya berlaku pada tahun 1944.Emmm… (Year 2011- Year 1944) udah lebih 67 tahun ia berehat!

Kehadiran kota ini hampir dilupakan dari lipatan sejarah. Lalu bagaimana Kota Pompeii ini tetiba muncul selepas tertimbus beribu tahun???

Setiap tahun Kota Pompeii menggamit ribuan pengunjung yang ingin melihat kota lama yang pernah lenyap seketika...
Pada 1594,sekumpulan pekerja yang diketuai oleh seorang arkitek bernama Domenico Dorgana diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah.Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan terbabit.

Penemuan2 artifak yang masih berkeadaan baik ini sememangnya menarik banyak pihak utk merungkai misteri runtuhnya kota Pompeii.

Dikatakan kota Herculaneum ditemukan kembali pada 1738, dan Pompeii pada 1748. Kedua kota ini digali kembali dari lapisan debu tebal. Serpihan bangunan yang masih utuh ditemui disebalik timbunan debu tebal.



Dan ajaibnya selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

Penemuan aneh itu adalah termasuk sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu dengan keadaan menjalani aktiviti normal sebuah kehidupan seperti ketika sedang berjamu selera.Malah ada juga jasad manusia yang sedang melakukan hubungan seks luar tabie. Maha suci Allah, mungkin penemuan ini sebagai sebahagian dari peringatan kepada manusia bahawa Allah mampu melakukan segalanya!

Giuseppe Fiorelli yang turut terlibat dalam misi pencarian kota misteri ini adalah orang yang menyarankan penggunaan teknik suntikan plaster terhadap ruangan kosong dalam tubuh korban Vesuvius yang sudah hancur untuk membentuk kembali permukaan tubuh mereka secara sempurna.

Sesungguhnya segala kejadian yang Allah paparkan adalah untuk memberi peringatan ke atas kita hambanya.

Sejarah kota Pompeii tidah mustahil akan berulang!

Menarik bukan...kebanyakan gambar yang saya paparkan di sini hasil galian dan pertolongan "Uncle google". Jika suatu masa saya diberi kesempatan untuk ke sini...tentu sekali saya akan berkongsi sekali dengan gambar2 nya. Doakan saya!

Dan untuk entry berikutnya saya akan berkongsi sedikit bagaimana nak sampai ke kota Pompei ini jika berkesempatan untuk singgah di Italy!

Tunggu!

5 comments:

fatt said...

gerun jgk ek bila tgk patung2 yg dah kena plaster tu...hurm, apa agaknya jadi waktu tu kan..mesti dorg ni buat byk sgt dosa...nuzubillah

Zie Noorzail said...

Entahle Fatt...yg heran tubuh badan depa ni dak reput..masih dalam berkeadaan baik...cuma kosong bak kepompong...bila dimasuk plaster ..dah jadik macam manusia kena sumpah jadik batu la pulak!

Mungkin Allah nak bg kita tengok inilah balasan bg mereka yang "engkar" dan cuba berkelakuan dilura batasan kemanusiaan... dan di luar tabie.

Anonymous said...

ni mesti kaum lut yg dibinasakan tu kan?

Zie Noorzail said...

Hi Anonymous

Saya tak pasti samada ia kaum Lut yang sama seperti yang dinyatakan. Sebab kedudukan geografinya yang agak berbeda! Walau bagaimanapun apa yang pasti, segala yang dimurkakan oleh Allah...pasti ada balasannya!

Cik Cyida said...

takutnye bace..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...