Jika kita menaiki tren perjalanan dr Florence ke Rome akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
..akak rumuskan citernya adalah cam gini:
Maka bolehlah bertamu kat sini dalam 3 hari.
Setiap kali nama Rome disebut maka fikiran akak ko ni mesti dok teringat kat para pahlawan berbadan sasa dan bersalut baju besi sepikul bagai nak rak menunggang kuda…sambil dok hayun2kan pedang yang berkilat2…dan nyebut…”yee…haaa..”…(aik asal bunyik macam cowboy menjeritlah pulak!) Salah episode ni…
BTW yok.. kita selak kitab sejarah sat, tengok gimana lagenda lama kota Rome ini bermula…kita tanya auntie Wikipedia…yang serba tahu tu…
..akak rumuskan citernya adalah cam gini:
Dikatakan Rome ini di asaskan oleh dua saudara kembar bernama Romulus dan Remus dari negeri Alba Longa…Aiyyooo..kat mana pulak la negeri purba ni ?? Masih wujud ke dalam peta Italy???… Galiii..galiiii..!
Well…Sebenarnya dua beradik kembar ni direncanakan untuk dibunuh oleh Rajanya yang zalim. Caranya ialah dengan cara membenamkan keduanya ke dalam sungai. Tapi…cam biasa..hero mana boleh mati awal..tak ummphhhh..
Panjang umur, kedua kembar diselamatkan oleh seekor serigala . Maka membesarlah keduanya dalam jagaan sang serigala,..TAPI ada gak the other side of story cakap..si kembar ni sebenarnya dipelihara oleh isteri seorang pengembala..maka…suka hati koranglah nak follow kisah yang mana satu…akak??? Mestilah akak pilih dibesarkan oleh sang serigala…cam citer dongeng2 tu…baru thrill seket.
Replika Romulus dan Remus
Komdian…mereka ni membesar menjadi wira..dan berjaya mengembalikan semula Alba Longa kepada pewaris takhtanya yang sebenar.
Si kembar komdian mengembara dan cecuba gi teroka tempat lain..??? Dah jumpa tempat yg strategic depapun dok laa kat situ…maka.. tercatatlah dalam sejarah kota Rom diasaskan oleh sikembar ni pada 21 April 753SM.
Cuma.. yang tak best dalam hikayat ni…Romulus dikatakan telah membunuh Remus kerana tiada persepakatan dalam menentukan nama kota yang diasaskan mereka tu..dan tak ada kata putus perihal siapa yg patut dilantik jadi raja.
Riwayat Si Remus ditamatkan.
Sedihkan…walau lahir dari perut yang sama, membesar serta melalui suka duka bertahun lamanya…tapi dek kerana harta/cinta/nafsu/darjat…manusia sering tewas dalam menilai sebuah nilai keakraban + kasih sayang…ado…yaiii jiwang la pulak!
Maka memerintahlah si Romulus dengan jayenya…kota ni asalnya tidak dihuni oleh pompuan tapi lazim lah…lelaki mana boleh idup kalo tak de pompuan…kaaaaaan!!!
Maka…kalau korang nak tahu citer bagaimana Romulus membawak masuk pompuan2 ke kotanya dan menarik lebih ramai “peminat” untuk menghuni kota Rome ni..rajin2lah meng…google.
…Pernah dengar ungkapan ni…Rome is not built in ONE day?
Jadik…yok kita tengok ..5 benda yang tak buleh miss kalau ke Rome:
Dan mulakan langkah anda utk bertandang ke
• The Colosseum: Kat sini kita boleh tengok tempat para Gladiators bertarung . Boleh menempatkan seramai 50,000 orang penonton dalam satu masa. Biar cuma tinggal sisa bangunan…tapi kata orang kalo tak ke sini tak sah lawatan kita ke Rome. Olawei…
Colosseum
• The Roman Forum- yang merupakan pusat aktiviti masyarakat Rome dooloo-doolooo..
Roman Forum
• The Piazza Venezia
• The Trevi Fountain-Salah satu kwsn pancuran air (fountain) yang terkenal kat sini dgn ukiran patung manusia dlm pelbagai kedudukan. Katenya…kalo kita baling duit shilling kat situ…nanti kita akan berulang lagi ke Italy/Rome..
Trevi Fountain
• The Spanish Steps
The Spanish Step
Untuk keterangan yang lanjut serta gamabar2 yang menarik silalah ke laman web ni: http://www.italyguides.it/
Jiran tetangga yang jangan sesekali kita lupa kita kunjung kalo dah sampai ke Rome adalah seperti berikut:
1. Pisa
2. Vatican City
3. Kota Pompei
4. Kota Herculaneum
Kalo tak kang menyesal……kena dtg lagik ke Italy…keh..keh..
Worait destinasi terakhir nanti ..akak nak nengok…perjalanan dari Rome-Venice dan tempat2 wajib kunjung kat sana.









0 Comments:
Post a Comment