Balik dari opis saya mintak tengok result utk trial exam Aiman. Adoooo...yai..kacau nih!SPM akan start dalam 2-3 minggu jer lagi! Tak mencapai piawaian ISO ni!
Kepala saya.... miong kejap..Opsss...bawak bertenang..sabar....tarik napas...dalam-dalam.
Kepala Aiman...senget..kadang2 tunduk ..mata...pandang lantai..berkelip-kelip...terkulat-kulat...agaknya dok tunggu saya bukak ceramah PERDANA!
1...2..3..memang tak bole tahan...
Aiman dengar sini mama nak stori...
1. Amanah sebagai pelajar : Apabila kita dipertanggung jawabkan utk berbuat sesuatu maka buatlah sebaik mungkin. Lakukan dengan penuh tanggung jawab dan ikhlas. Aiman belajarlah sebaik mungkin. Jadi Muslim yang beriman. Baik dari segi amalan dan tinggi ilmunya. Dorongkan diri utk menjadi yang terbaik dan berusaha ke arah itu secara konsisten.
2.Ilmu utk kebaikan dunia dan akhirat: Deretan A bukan penunjuk aras kejayaan cemerlang utk masa hadapan. TAPI...deretan A adalah sebagai dorongan utk kita terus memajukan diri dan terus bermotivasi menjadi yang terbaik.Jangan sampai malas utk mencari Ilmu selagi kita hidup sebagai seorang manusia.
3.Usaha dan Doa : Aiman gandakan usaha, jangan lupa panjatkan doa pada Allah, mohon diampunkan dosa , dipelihara iman dan dipermudahkan segala urusan. Kejayaan bukan mudah dan perlu disusuli dengan usaha.
4. Tawakal dan Redha : Tunaikan amanah,giatkan usaha, doa dan bertawakal dengan apa yang telah Aiman lakukan. Apa jua...keputusannya nanti..Allah jua yang menentukannya. Redha kerana setiap apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya.
5.Jangan pernah berputus asa dengan diri sendiri!
DAN Mama mahu Aiman tahu...tidak kira apa jua keputusan SPM itu nanti...AIMAN .. TETAP YANG TERBAIK ...anugerah terindah dari ALLAH buat kami!



2 Comments:
Benar sekali kejayaan sebenar seorang muslim bukan terletak pada bilangan A yg diperolehi dlm SPM..
Thanks Cik gu WR.
Post a Comment