Setiap pagi tatkala berkereta dari rumah ke pejabat, saya akan melalui “satu jalan berbentuk T junction” menuju ke jalan besar. Ditempat yang berbentuk rumah itu adalah terletaknya satu masjid.
Kata orang jika bangunan tersebut berada dalam kedudukan begitu..org tak nak buat tempat tinggal atau jika wat bisnes..lingkup..tak dak ong..yelekk feng shui! Sejauh mana kebenarannya tidaklah pula saya ketahui..tapi apa yg saya perhatikan masjid berkenaan..ok jerk..selalu meriah dengan aktiviti keagamaan dan tatkala tiba Jumaat..jemaahnya berpusu..melimpah ruah sampai ke kaki lima..penuh Rahmat!
Walau bagaimanapun bukan kisah feng shui yang saya ingin bualkan..tapi ianya adalah berkaitan dengan burung. Ye..saya perhatikan segerombolan burung di sini tak pernah gagal membisikkan tentang satu rahsia alam! Kalaupun bukan utk orang lain…saya anggap ajelah..bisikan itu adalah buat saya.. tafsirkan sendiri!
Kadang2 mereka.. “mereka? ..utk burung??” betulkah penggunaan bahasa ku..Emmm....apa2 ajelah..
Burung2 ini akan berterbangan secara berkelompok..terkadang menderu secara beramai-ramai.....bising..berchit..chit..berlegar dari arah kubah masjid..terkadang pula cuma 4 atau 5 ekor aje..terbang manja2 seolah sekadar ingin mengucapkan selamat pagi …dan.. adakalanya mereka ini bagai merajuk..berhari tak nak menampakkan bayang.
Sesekali saya terpikir di mana sarang burung2 tersebut berada..dan kenapa mereka sering berkeliaran di sini..sama tempat….sama waktu..apa yg mahu mereka sampaikan??? Emmm…
Saya dongak ke langit....apa yang ingin mereka sampaikan?
Setelah sekian lama..memerhati..saya semakin bijak menafsir!
Tahulah saya bahawa mereka cuma ingin berkongsi berita...dan bercerita tentang bahasa alam..tentang hujan..tentang ribut petir atau sekadar ingin mengingatkan saya agar“sediakan payung” sebelum hujan.
Tahulah saya bahawa mereka cuma ingin berkongsi berita...dan bercerita tentang bahasa alam..tentang hujan..tentang ribut petir atau sekadar ingin mengingatkan saya agar“sediakan payung” sebelum hujan.
Dan..Kalaulah mereka ini dapat memahami..ingin sekali saya titipkan ucapan ini;
“Terima kasih wahai sang burung kerana tafsiranmu tentang gelodak alam diterjemahkan dengan begitu baik sekali buat kami yang sering alpa dan dangkal berfikir! ”




4 Comments:
hanya mereka saje yang tahu apa yang dibicarakan - katanya haiwan lebih cepat tahu apa2 yang bakal berlaku dalam alam ini seperti tsunami dulu.
wallahualam
Betul tu..Puan..haiwan ni ... dianugerahkan dengan darjah kesensitifan + tindak balas yg mengkagumkan dalam hal2 bencana alam...Kuasa Allah..semuanya BOLEH!
Salam.
Terima kasih kerana sudi menjenguk Tepak Sireh!
blog anjung69 tidak kurang hebatnya....ada soul, ada cerita, ada nyawa bila berbicara... saya suka.
Salam Rush
Tima kasih...sudi jenguk, sudi baca, sudi komen!
Post a Comment