10 Q WITH 1000 SMILES

Saturday, 26 November 2011

SPM: SELEPAS SPM NAK BUAT APA?

WHAT'S AFTER SPM
Foreward By  : Roshan Tiran


Buku ini saya dapatkan sewaktu menyertai beberapa rakan sekerja mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak badan kebajikan"foundation club" kat opis.

Bagus..buku ni..boleh didapati di MPH Book Store. Harganya saya tak berapa nak pasti..kerana kami membelinya dengan harga diskaun.

Buku ni menghimpunkan 101 kisah benar golongan belia Malaysia ..tentang apa yang mereka buat selepas SPM, pilihan ke universiti..adakah kursus yang dipilih sebenarnya apa yg mereka hendakkan sebenarnya..dan macam2 lagilah..

Memandangkan SPM 2011 pun dah hampir nak abis..maka buku ini berbaloi2 dan  elok benarlah utk dibaca..

Membaca kisah mereka ini..kita juga mungkin pernah menjadi sebahagian dari mereka once upon a time...dapat result SPM ..tak tahu nak pilih bidang apa..lambung dadu..isi form serba universiti..mana yg datang dulu itu yg kita amik..yg penting mesti masuk "U"..sudahnya belajar separuh jalan..."menggelupur" jumpa dekan..hari2 berkampung di pejabat Hal Ehwal pelajar..nak tukar bidang pengkhususan....komdian permintaan tak lulus..tak dapat tukar ..muka moyok macam siput sedut...dok meroyan tak nak belajar la pulak..kesian mak bapak!

Ada jugek..belajar penat2 bertahun...Ijazah dah berjela..lain yg dikhususkan lain pulak bidang yang diceburi..alasan: amik kursus tu saje jer nak test power...bukan minat pun...

Macam-macam!

Jadik tunggu apa lagi..anak2 sekelian..besok..pi MPH..carik buku ni!

2 Comments:

sonata anak kancil said...

Assalam - salam kenal - tk sudi singgah ke AGK - sy seronok baca pengalaman kembara & nampaknya minat puan sama dengan saya! setiap kali cuti sekolah - jika ada peluang sy akan keluar juga (dgn syarat cukup bajet la ). Tk dengan tips yang diberikan

Zie Noorzail said...

Terima kasih juga dari saya kr sudi menjenguk ke sini. Yupp..nampaknya puan..kita turut berkongsi minat yang sama..Minat berjalan..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...