Minggu lepas saya membawa Sofea, si bungsu mencari kelengkapan pakaian sekolah . Memikirkan Kuala Lumpur yang sering dilanda kesesakan jalanraya saya memilih untuk menaiki LRT. Cepat dan Tepat!
“Yabeda bedu…mama nak bawak kita naik tren!” Jeritnya penuh riang. Dan apa yang pasti kegirangan Sofea mengundang jelingan cemburu si abang…
Bahagia???...
Apakah ukuran bahagia..yang sebenarnya???
Kebahagiaan hidup…relatifnya adalah satu perkara yang subjektif.. Dalam hidup, kita mungkin gagal mencapai kesempurnaan hakiki . Punyai kekayaan melangit tapi hati diratap sepi, jiwa kosong tanpa belaian kebahagiaan. Mungkin juga dikurniakan rahmat kejayaan dan keluarga yang sempurna tapi masih meraba-raba mencari nikmat dan erti kebahagiaan sebenar.
Kebahagiaan dan ketenangan hidup bergantung kepada bagaimana kita mentafsir erti bahagia itu sendiri.
Jadik..apa sebenarnya erti bahagia??
Jika bahagia itu dinilai dari deretan senyum dan derapan hilai tawa..maka redhakah kita melihat bahagia yang diwartakan melalui pekik tawa berlandaskan nafsu syaitan ?
Jika bahagia itu diukur dari sudut kesempurnaan diri, disukat melalui harta yang melangit dan di renung dari ketinggian darjat dalam kehidupan…maka kenapa mereka masih meratap mengatakan diri belum cukup bahagia..dan masih terus menggali bahagia?
Emm..mungkin mereka bahagia tapi tiada ketenangan!!
Jika bahagia itu dilihat dari sudut kehidupan yang dikelilingi “penuh keriuhan” maka kenapa masih ada ungkapan SEPI ITU INDAH?
Jadik…Belum jumpa ..makna bahagia???
Mungkin garapan puisi oleh seorang blogger dalam mentafsir erti BAHAGIA dan diterjemahkan dengan baik sekali buat kita semua ..so istimewa..
Jom kita kongsi;
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Wbp mintak maaf bbyak.. sebab saya tersangatlah alpa untuk mencatatkan di manakah sumber laman blognye…Untuk sang Blogger ..1000..apologise..dari saya kerana meminjam garapan yg cukup indah itu utk dikongsikan di sini!



0 Comments:
Post a Comment