10 Q WITH 1000 SMILES

Sunday, 27 February 2011

TO SIR WITH LOVE

Saya tak pernah jemu menonton filem "lama" ini biar berulang kali ditayang dikaca tv. So catchy . Tak sedar airmata begitu murah mengalir..uhukkkkk..

Banyak unsur pengajaran berbentuk insaniah dipaparkan dalam kisah ni. Kita ambil yang baik2 ajelah..yang tak baik tu jadikan sempadan.

Saya cuma mahu citer tentang 3 perkara positif tentang hidup yang dipaparkan:
  • Kemiskinan hidup bukan untuk diwarisi. Bangun untuk terus berjaya ...tanpa getar tanpa takut
  • Jika mahu diri dihormati maka kita haruslah menghormati diri kita sendiri terlebih dahulu.
  • Pendidikan merupakan aset yang membolehkan kita meneroka hidup tanpa sempadan ini dengan lebih bermaruah
Wolosssz...

SENYUM -MALIQUE NAJWA



The first hip hop song that I like, most..how about u?

JANGAN PAKSA ...OK

Seandainya kita menyukai seseorang dan orang yang kita minat giler tu tak suka kita...JANGAN PAKSA ok..anggaplah tak de rezeki kita untuk kita "berkawan" lebih jauh dengannya.

Begitu juga JANGAN sesekali MEMAKSA untuk orang meyukai kita biarpun kita berbuat sehabis baik untuk memenangi hatinya.

Dan JANGANlah pulak kiranya ada orang yang MEMAKSA  kita menyukai benda yang kita benci ...tahap gaban.

Kronik bunyinya kan..

Saya simpulkan dengan bahasa yang lebih mudah:

Kasih, sayang dan cinta itu adalah hak yang Allah berikan kepada setiap insan. Adakalanya apa yang kita suka orang tak suka dan ada yang orang suka tak kena pulak pada hati kita. Oleh itu sebagaimana kita tak suka dipaksa menyukai begitu jugalah orang lainpun tak suka kita memaksa membuat sesuatu yang mereka tak suka...betul tak?


Thursday, 24 February 2011

KU ADA KAMU


I love the song and the lyric, as well...

KU ADA KAMU ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan

Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Wednesday, 23 February 2011

Sofea Anak Mama yang Comel!

Anak pompuan saya Ezzati Sofea ni agak vocal orangnya berbanding anak2 lelaki saya lain. Dia ..berani bersuara dan kadang2 abang2 besarnya pun teruk kena “belasah”! Mana tak nye dia asyik kena “buli” .. tak de gang..jika mintak apa2 dan memerlukan keputusan undian…dia memang akan kalah teruk..3-0.. almaklum lah 3 lawan 1!

Aduh…huru hara

 
Mie toknya kadang-kadang tak terlayan dengan perangai manja, cepat merajuk, vocal dan “mengada2” nye tu..

 
Satu hari mie tok bercerita dengan saya pasal anak pompuan saya yang seorang ni..


“Zie..tadi mie tegur Sofea tu..jangan asyik dok pakai T.Shirt macam abang tu..mie suruh dia pakai baju gaye “pompuan” yang banyak kat lemari tu...

Mie cakap…”Yaya...Pakai macam pompuan gini gaye barulah cantik…nanti besok…boleh cepat-cepat kahwin”.

Nak tahu apa jawabnya..


“Apalah mie tok ni..Yaya nikan kecik lagi..Lagipun Mie Tok jangan nak susah-susah pikir…mama dah pesan besok bila dah besar …Yaya kena kawin dengan ANAK RAJA!!!”


Saya ketawa besar…..Huuuuuuuaahhhh…..Sah lah..memang.. Tak akan ke mana jatuhnya kuah kalau bukan ke nasi.....

Tapi...Isyyy...Macam pernah ku dengar aje jawapan “tulus penuh lawak” nya tu…TAPI DI MANA YE…??   Huaaaaahhhh!






HANI @ TV3

Malam tadi saya terpaku di kaca tv, layan cerita HANI…almost every week tanpa gagal.

Cerita yang menarik, punya mesej dengan gabungan pelakon yang memberikan lakonan mantap. Kredit saya utk Esma Daniel. Sebelum ini saya tak minat sungguh dengan lakonannya…sebab. kaku tak berjiwa..tapi kali ini dia membawa watak seorang ayah dengan cukup lucu, berkesan and so natural. Begitu juga pelakon remaja Nurul Elfira Roy, best sangat lakonannya.. dan pelakon watak utama HANI, sorry masih tak dapat digest namanya kat benak ni. Hani pelakon yang punya pakej lengkap. Cantik dan punya lakonan yang ummmmphh…manakala Rozita Che Wan…ok-ok sajalah..tak ada perkembangan dari segi lakonan…graf nya masih statik.. Weiii..jangan lupa lakunan pelakon buta lelaki yang selalu menyanyi tu…boleh tahan gak..!

Oraitt..Cerita yang dihidangkan mungkin kita lalui setiap hari…kisah tentang kehidupan keluarga yang serba sederhana tapi penuh kasih sayang. Agak malang akibat dari serangan tumor otak, sianak ie Hani menjadi buta selepas pembedahan.Bagiamana kesudahan citer ni..kite tunggu ajelah…biar suspense sikit!

Kisah ini menyedarkan saya bagaimana insan yang bernasib malang “cacat pancaindera” menjalani hidup serba kekurangan dengan penuh positif…dengan sokongan mereka yang sempurna segala.

Saya merasa sungguh terkesan melihat kesungguhan para pelajar2 buta menjadikan al Quran sebagai penawar hati, membaca Al Quran dengan penuh fasih …kalah kita yang celik ni. Saya masih tertanya2 benarkah kita kekurangan al Quran Braille dan betul ke kosnya sangat mahal?

Sekurang2nya kisah ini menyedarkan kita tentang satu kealpaan yang “tenat” dan mungkin ramai yang terlepas pandang.

 
Saya sering melihat ramai daripada kita menghadiahkan al Quran ke masjid atau madrasah…serata negara ..tapi berhabuk..mungkin akibat jarang dibaca atau bersentuh!
Hmmm.. apakata kali ini kita bermurah hati pula bersedekah duit kepada mereka yang benar2 memerlukan al Quran berbentuk braille..mudah2an pihak2 atau badan2 berkenaan dapat war2kan kepada masyarakat akan hal ini.

Psst…berkenaan komen tentang cerita ini menggalakkan budak2 sekolah bercinta..bagi saya itu soal remeh. Tak de cerita inipun budak2 kat sekolah tu masih lagi “bercinta monyet” . Naluri biasa anak2 di zaman remaja…yang mengomen tu pun “ macam bagus” aje…haaa…haaa!

Tuesday, 22 February 2011

NORHAYATI BERAHIM :DARI KERANA MATA


Hari minggu yang lepas saya dan anak2 ke Brem Mall, Kepong.. cadangnya nak pi tengok movie..tapi cadangan dibatalkan lantaran tak de citer yang menggetarkan perasaan. Kami beralih angin ke kedai buku..merewang di situ …lagi syok!
Saya melilau mencari novel2 terbaru di pasaran…dan teringat dah dekat 3 bulan…saya tak membaca karya nya.. emm..mesti karya penulis pujaan saya ni dah berada di pasaran…

O..ye! Mata terpaku pada sebuah buku di rak paling hadapan:Dari Kerana Mata. Harga RM28.00 lepas diskaun 25% , dapat le saya milikinya secara sah dengan harga RM21.00. Tak sabar nak balik…baca!

DAN berikut adalah komen dari saya..

5 Perkara Yang Positif :

1. Banyak cerita tauladan samada berbentuk petikan peristiwa zaman sahabat nabi dan saintifik yang diterjemahkan melalui penceritaan secara bersahaja.

2. Kisah kasih sayang di antara saudara, sahabat, bapa tiri dan nenek yang dikisahkan secara tulus,lucu tapi masih bisa menyentuh hati nurani

3. Betapa persepsi negative (kemiskinan dan ketandusan kasih sayang) jika diterima secara positif dan berlapang dada akan berkesudahan dengan kemenangan dan keberkatan yang berpanjangan

4. Dari segi penceritaan Norhayati memang jagoan! Penghayatan dan pemerhatiannya dari kisah seharian dan kehidupan di kampong digarap dengan begitu baik sekali dalam bentuk novel.Emm..seolah2 kita juga turut berada di zaman tersebut!

5. Saya tertarik dengan satu petikan perumpamaan tentang perkahwinan tanpa cinta oleh Norhayati, di m/s 530


“ Kamu kena bahagiakan diri kamu, Nik. Perkahwinan bukannya sehari dua. Sering kita harapkan sampai ke mati. Perkahwinan ynag tak gembira, seperti serangga terlekat sarang labah-labah. Nak bergerak, tak boleh. Hanya menunggu nasib.Kalau nasib baik, angin datang merempuh. Sarang labah2 koyak, mungkin dia selamat.Kalau tak, tunggulah kematian dan di makan labah2”

Hmmm.. penuh hikmah!: Begitu juga tentang teori kenapa si anjing sering menjelirkan lidahnya..so interesting!

3 perkara yang saya TAK BERAPA Suka

1. Novel tebal berjela sehingga ke mukasurat 870, tapi Penulis seolah sengaja membuatnya panjang tanpa isi yang memberansangkan. Sebelum ini jika membaca novel2 beliau, saya tak sabar untuk mengetahui kisah yang selanjutnya..tapi kali ini saya seolah2 tidak terbuai lagsung. Baca & skip … sekadar nak habiskan isi cerita.

2. Adalah lebih baik jika Penulis mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris atau mencari olahan yang lebih “smooth”. Membaca petikan bahasa Inggerisnya itu seolah2 membaca sebuah karangan untuk masuk peperiksaan. Skema sangat dan macam tak berjiwa ! Sorry!

3. Garapan gelodakan “jiwa kacau” nya masih sama dengan novel2 yang terdahulu dan sudah boleh diagak. Pemberontakan jiwa seorang perempuan dengan kata2 hamburan berbau “sakit jiwa” melampau adalah satu pengulangan yang berpanjangan!

Walau apapun saya masih tak sabar utk menanti novel nya yang akan datang, mungkin 3 bulan dari sekarang lah ye..Mudah2an Norhayati tidak ketandusan idea untuk menyajikan kami peminat setianya dengan kisah2 yang lebih menarik di masa hadapan.



Insya Allah.



Monday, 21 February 2011

CINTA..SAMPAI MATI..????


Sewaktu kecil saya sering berangan nak kawin dengan anak raja dan dok dalam istana. Makan lazat2.. petik jari ,10 dayang muncul. Jalan keliling kota naik kereta kuda..Tilik cermin terus cakap nak pakai baju apa..dan tup-tup pakaian tu dah terlekat kat badan.. Kelasz gitu..


Haa..ah… betullah tu ini semua penangan suka sangat baca citer2 dongeng “Fairy Tales” Nasib aje tak berkawin dengan Putera Katak..kalau tak pasti …kes nanya!




 Meningkat remaja lak..berangan nak cari boyfren yang hensem ..dan MASIH lagi TAK SEDAR DIRI..ditambah perisa lagi..mesti hensem, kaya dan bergaya. Paling2 kurangpun  mesti dapat yang setara dengan Brad Pitt atau komen-koman pun gagah laksana jagoan tinju dunia Si Mike Tyson .

Kweng…kweng..apa tak nye mengalamun sakan dok giler baca novel cinta memanjang!



Bila dah berusia gini gaye…apa yang terlintas di hati adalah mencari pasangan hidup yang, lebih bersikap realistic dari fantastic dan yang utama bukan plastik:


Biar tak tampan di mata tapi manis di hati
Biar tak kaya harta tapi tak papa budibahasa
Biar tak ternama tapi menjaga agama
Biar tak menawan tapi tenang dijiwa

Kekayaan dan ketampanan tidak dapat membeli kebahagiaan. Bila tiba masa ia pupus dimamah usia. Bergaya dan kemewahan juga bukan penanda aras ( KPI) untuk mengecap ketenangan dalam hidup berumah tangga Bila wang melambak hati sering tersedak.

3 Perkara penting dalam mencari pasangan hidup adalah setiap dari satu kita mestilah punyai:

1. Sense of belonging : Sering lengkap melengkapi dan berlapang dada.

Positive feelings come from being honest about yourself and accepting your personality, and physical characteristics, warts and all; and, from belonging to a family that accepts you without question. Willard Scott

2. Sense of humor : Rumah tangga akan penuh bunga2 jika hidup tidak terlalu tertekan. Murahkan senyum. Bukankah senyuman itu sebahagian dari sedekah?

“ A keen sense of humor helps us to overlook the unbecoming, understand the unconventional, tolerated the unpleasant, overcome the unexpected and outlast the unbearable” Billy Graham

3. Don’t force ur self to be so perfectionist:
Ingat kesempurnaan itu hanya milik sang Pencipta. Terima segala kelebihan dan kekurangan diri dan pasangan seadanya.

“I don't believe in perfection. I don't think there is such a thing. But the energy of wanting things to be great is a perfectionist energy.” Reese Witherspoon


Emmm..Sebenar nye..

Bila umur memanjat usia apa yang kita perlukan adalah pasangan yang dapat bersama dikala kita kesepian, kegundahan dan kegembiraan …after all life is all about companion.

 



ETAK...BEST..NYERRR

Mak oiii...rindu sunnguh nak makan etak. So eksotik yet so nice..ummmphhh. teringat zaman bebudak tatkala balik kampung di Kenjong, Pasir Mas; kami sepupu sepapat akan bersama menghala ke sungai kira2 500meter dari rumah arwah "mok". Selain dari berenang ada aktiviti lain yang kami gilai..."nyodok etak!"

Bermula dari jam 9.00 pagi kami kanak2 riang bagai tak ingat dunia..mengharung sungai terkadang sampai ke seberang..sesaja syok2 sendiri..mengharung sungai yang cetek dan berlawan siapa yang dapat etak paling banyak...kumpul dan pilih yang gred A.

Balik rumah..kak Yati (2nd cousin kami) mengajar kami cara2 menyalai etak dan bahan2 gaulannya. Beriya2lah kami menyalai sampai muka kamipun dah jadi "macam etak salai" serabai..

Tapi kepuasan makan etak yang dicari sendiri sukar digambarkan!






Kalau sesekali balik..kampung melalui jalan Pasir Mas- Salor- Kota Bharu saya akan menyuruh my hubby berhenti menyinggah di satu simpang yang menjual etak...uooh..tersangatlah mengancam rasanye..cukup "awah" nye..etaknye pun besar2..sekelongsong reganya dalam RM2.00..emmm itu rega dulu dululah..emmm..sebenarnya saya ni pun dah lama tak ke sana..!

Etak di situ tak terbanding rasenye jika dibandingkan etak yang dijual di dalam market Pasar Siti Khadijah dan yang seangkatan dengannya..terkadang etak depa tuu..tak cukup ramuan...rasa masin dan rase garam semacam aje..tak cukup ummph!


Etak juga jika dimasak air macam ni...pasti nasi bertambah2..berpinggan-pinggan....

Emmm...kat kolumpo ni..mana kita bulih dapat makan etak ni???

Friday, 18 February 2011

POSITIVE ATTITUDE



When Snake is alive, Snake eats Ants.

When Snake is dead, Ants eat Snake.

Time can turn at any time.

Don't neglect anyone in your life.......



Never make the same mistake twice,

There are so many new ones,

Try a different one each day.



A good way to change someone's attitude is to change your own.

Because, the same sun that melts butter, also hardens clay!

Life is as we think, so think beautifully.


 Life is just like a sea, we are moving without an end.

Nothing stays with us,

what remains is just the memories of some people who touched us as Waves.


 Whenever you want to know how rich you are?

Never count your currency,

just try to Drop a Tear and count how many hands reach out to WIPE that is true richness.


 Never change your originality for the sake of others, because no one can play your role better than you.

So be yourself, because whatever you are, YOU are the best.


 Heart says to the eyes: see less, because you see and I suffer lot.

Eyes replied, feel less because you feel and I cry a lot

 

Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"

He replied "It was wonderful, Everyone was clapping for me!"

HO CHI MINH...WAR REMNANTS MUSEUM & SHOPPING SPREE!





Hari-hari terakhir kami di Ho Chi Minh...kami mulakan dengan melawat ke Muzium Perang Vietnam. Dibuka pada jam 7.30 am setiap hari...hmm...awal betulkan..kalau kita kat malaysia jam 7 pagi  tu..baru nak pisat-pisat mata!

 "Jejaka" yang berada dalam rombongan kami...hee.heee..


 Di hadapan Muzium..


 Kat luar Muzium ni...tersangat la banyak nye "kenderaan perang menopous" antik dan agak nye dah tamat tempoh!
 Hmmm...

 US Air Force...yang mengganas once upon a time dah tersadai kat sini... 

Kapal kebal ni...macam bulih di gunakan lagi..


 Huh....sape kuat?..Tak berdegih pun walau setengah incipun  kapal ni... haaa

 Besau...tayar nye..

 Apa ke bendanya benda pulat berwarna putih ni ye?

 Melawat bahagian dalam nye pulak...penuh dengan senjata..!

 Bertingkat2...dan semuanya kena panjat tangga..dok larat weh...



 Bom?


 Peluru berpandu?

 Serpihan...bom?

 Peace..no war!

 Aiyya..pompuan dan shopping tak dapat dipisahkan...kedai cenderamata di Muzium ni..

 Anak2 kurang upaya menjalankan kegiatan di sini..membuat dan menjual cenderamata!

 Sorry ye..gambar ni tetiba je saya selitkan disini...apa spesialnya sawah padi ni...ok..ni nak citer sikit..di Vietnam ni..tuan tanah selalunya menjadikan sawah2 padi mereka ni sebagai kubur mereka bila sudah meninggal..

Menurut kata Mr Hai our tourist guide.."They give their  life and soul to the field until the end of the day and wants to be remained there forever!"..Sudah nye...body yang mereput menjadi baja azimat kat sawah ni...padinya pula di eksport dan menjadi makanan rutin tempatan..Adoi...adakah nasi yang ku telan sepanjang berada di sini pun berasal dari sini gak.....yakkkks!

 Ok lah..sebelum pulang ke Malaysia kami meneruskan aktiviti shopping..jom layan

 Sutera Vietnam kat sini murah2 ..begitu juga dengan kain 2 cotton..pandai2lah menawar..harga boleh dapat sekitar RM18.00 ke atas untuk 4 meter!

 Hmm..kalau nak bawak balik comforter ni ...parah..tapi u all boleh beli table cloth sulamnye..Pada saya table cloth yang dijual dekat Beijing, China lagi menggoda..Kat sini sulamannya taklah banyak sangat. Harga dalam lingkungan RM40.00 untuk meja 8 seaters.

 Wei...baju2 Adidas..nya kelaiti superb..!Juga kalau suka beli baju smoking utk anak pompuan ada satu kedai yang jual baju gitu gaye..cuba cari 1 utk Sofea..

 Dan kasut atau selipar buatan tempatan..sangat cantik rega dalam RM30-RM50

 Baju kurung siap pun ada dijual..baju kurung pahang pun ada ...kalau nak beli telekung buat sembahyang pun ada..paling murah boleh dapat dengan harga RM35.00 kainnye sejuk..tapi dari segi sulaman masih tak dapat menandingi kualiti sulaman Indonesia! 

 
Barangan kraf tangan tok sah cakap le....marvellous!

 Pilih aje mana yang suka..penuh warna -warni!Anda boleh membeli dengan duit Dong, Vietnam, USD atau dont worry RMpun laku kat sini!

 Rantai...dan barangan kemasan diri..berlambak!

 Layan...

 Berada di sini..mata memang rambang..so moral of the story..dok dan cari hotel yang berdekatan dengan Ben Than..within walking distance u can reach to this bazar..dan jgn panik lak..tiba2 tang tiba di airport nanti kena bayar "berlambak"dek berlaku lebihan bagasi...nangis!

 Shopping dah...jalanpun dah..tiba masa utk pulang ke negara ku yang tercinta!..Malaysia..

 Sehingga berjumpa lagi di pengembaraan saya yang akan datang..bye!

Thursday, 17 February 2011

SUAMIKU TAK ROMANTIK...ahaksss..

Haaa...haaa....Jelousz ke tengok member sekeliling dapat hadiah bunga ke...birthday present yang pelbagai ke..makan malam di bawah kerdipan lilin setiap kali hari ulang tahun perkahwinan tiba... idakpun...sering dihujani dengan surprise present..atau kurang2 nyanyian rindu di cuping telinga tatkala mata mahu dilelapkan..dan anda...makan hati..sebab tak pernah merasa itu semua!...Kerana sang suami tak pernah nak buat benda2 gitu gaye..buang tabiat katenya..hmmm..entah2 birthday nye sendiripun dia tak hafal!

Hee..heee..rasa nak gelak besar-besar sambil golek keliling padang!

Usah risau le..kadang2 rasa cinta dan kasih sayang tu datang dari "dalam"...bersyukur kerana makan pakai keluarga terjaga...masih ada yang berada di sisi utk membantu atau mendengar kita berbicara, walau mungkin si dia hanya tumpangkan telinganye aje!..dan yang penting tubuh badan kita tak pernah disakiti!...Dan lagi...hati kita tak dibelasah dengan cinta palsu nya yang mungkin ditaburi merata tempat!

Hee..heee...tak puas hati ke?

Senang aje..agak2 kalau ada hari istimewa yang mahu diraikan...bagilah suami kita tu notis...bermula dari dua bulan...pas tu ingatkan setiap minggu..biar mencerna dan sebati dalam benak nye..dan sehari sebelum peristiwa...taruk notis besar2 kat bilik tido...

Haa..haaa...kalau tips ni tak menjadi...PASRAH AJE...lah..sebab anda memang ditakdirkan untuk menerima dirinya sebagai pasangan hidup...terimalah suamimu yang tak romatik tu seadanya...sebagaimana dia juga menerima segala kekuranganmu dengan penuh "berbesar hati"...!

Tuesday, 15 February 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah kita masih berada di sini diberikan nikmat iman dan rahmat kehidupan yang bahagia. Semoga hidup dan mati kita kekal berada dalam Islam dan iman serta kasih berpanjangan terhadap nabi junjungan besar kita Nabi Muhammmad SAW.

Monday, 14 February 2011

KEHILANGAN PENANTIAN YANG TERINDAH?

'"Kenapa perpisahan menjadi pilihan selepas bertahun melayari bahtera bersama? Agaknya..tersasul atau sengaja buat2 lupa ...di kala kesusahan melingkar siapa yang berada di sisi..dan entah kenapa..bila kejayaan mencuit seketika, tanpa malu tanpa salah diri terus dibiar hanyut di belai perasaan. Lupa akan ikrar yang pernah dititipkan..buat seorang isteri ..tentang hidup senang...mati bersama. Yang dulunya indah bertukar jelek.."

Entah kenapa hati saya tidak begitu senang tatkala berbicara tentang soal poligami dan perceraian..senak sungguh rasa hati dan perasaan. Menyalahkan takdir? Emmm...entahlah kata "bijak pandai"..setiap satu takdir kita sudah disuratkan dari azali...maka terima sahajalah takdir yang telah tertulis! Sabar dan pasrah!

Dan...hati saya semakin melolong..apabila melihat yang menjadi punca perceraian itu adalah dari kaum sejenis saya..malah dengan penuh bangga berbisik..hanya mahu menumpang kasih... tak luakpun kalau dibahagi2kan..bukankah rasa cinta mencintai itu lumrah manusia. Hidup akan membunga jika dikelilingi rasa cinta...

Haa..haa..sudahnya dari niat "murni" hanya untuk menumpang kasih ...terus menakluk laksana seorang diktator untuk kepentingan diri sendiri..dan masih bangga melontar slogan "Best woman wins"!

Anak2 dibiar berantakan..soal nafkah tolak ketepi..Dosa pahala..boleh taubat! Alasan ..setiap anak yang dilahirkan sudah ditetapkan rezeki masing2...maka pandai2 lah bawa diri.

Hakikat kehidupan hanya sementara....jadi jangan juga lupa hukum dunia..hari ini hari kita..hari lain orang lain pula yang merasa.Hidup hanya sementara..cinta manusia juga bersifat sementara..jadi usah terlalu menangis tentang kehilangan yang sementara..kerana Allah jua tempat kita berserah! 


The Band Perry - If I Die Young




You never know what you have until it is gone......

HAPPY CHINESE NEW YEAR @ TONY'S HOUSE

 Kami dijemput ke rumah terbuka Tony di Kota Kemuning. Last year tak dapat nak attend jadi..tahun ni terpaksalah menghadirkan diri!

 Cantik rumahnye ni...saya cdgkan Tony semburkan sedikit "cahaya" kat garden ni...pasti lebih ummphh..

 Fountain yang agak tersorok..

 Hiasan dalaman..alamak..langsirnya macam pernah ku lihat...tapi di mana ye??

 Kami makan dulu...

 Sebahagian dari makanan yang di hidangkan..

 Ye Sum...

 Lupa lak pulak nak perkenalkan the tuan rumah...This is Tony my boss..

 Riena..yang baik hati..his wife..

 Justin the one and the only kid in the house..

 Azra, our legal adviser dan saya ralit memegang anaknye yang comel lote...

 Di antara Jelitawan in my department, Jess, Camerly and Chai Ling..

 Happy family, Mr Henry, Rieta and their dotter, Ms Deborah..Congratulations  ye..dapat 5A dalam UPSR baru2 ni..
 Di antara hensem guys yang menghuni department kami Mr Kang and Nicholas

 Chai Ling...doa I untuk u...nanti dapat baby yang cute macam ni...
 Adam dan abah nye..


 Masing2 berebut mahu menatap photo2 kahwin the boss..once upon a time..

 Dari kiri Kesuma (ex secretary my boss), Noni (Wife Nan) my self and Nan...yang juga my boss

Sebelum berangkat pulang...bergambar lagi dengan baby yang cukup cute miut ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...