Raja Tut
Saya melihat betapa nekadnya rakyat Mesir “memberontak” dengan penuh keghairahan mengusir Presiden Hosni Mubarak dari terus menjadi ketua kepada sebuah negara yang begitu gah namanya seantero dunia. Kemelut ini mengakibatkan akhirnya Hosni Mubarak akur untuk tunduk menyerah takhta kuasa yang dirangkulnya semenjak 40 tahun dahulu mengikut kehendak rakyat mereka.
Saya memang heran dengan pemimpin bebal yang rakus berkuasa. Tak sedar diri dah tua bangka , mengumpul harta rakyat untk kepuasan diri dan masih angkuh bersuara merekalah pemimpin teladan…parah!
Hmmm..hati kecil ni dok tertanya2 jugak apakah artifak yang menjadi khazanah peninggalan sejarah masih selamat di bumi Mesir sana..
Dan ini mendorong saya untuk berkisah tentang RAJA TUT
(Terimakasih saya kepada Wikipedia, the free encyclopedia, versi carian Internet dan yang seangkatan dengannya!)
Gambaran dan Imej Raja Tut
Tutankhamun atau lebih dikenali oleh sebahagian besar kita sebagai ‘Raja Tut” dilahirkan pada tahun 1321 Sebelum Masehi ,anak kepada Akhenaten. Ibunya pula dikatakan merupakan salah seorang daripada adik perempuan Akhenaten yang hanya dikenali sebagai “The Younger Lady” disebabkan identiti nya yang masih belum dapat disahkan. Diputerakan dengan nama Tutankhaten yang bermasud “The Living Image of Aten”. Raja Tut menaiki tahkta sebagai Firaun pada usianya yang ke 9 tahun. Namanya kemudiannya ditukarkan kepada Tutankhamun yang membawa makna “ The Living Image of Anum’.
Setelah dilantik menjadi raja, Raja Tut telah berkahwin dengan saudara kandungnya yang bernama Ankhesenepatan yang kemudian turut ditukarkan namanya kepada Ankhesenamun .Dipercayai mereka mempunyai 2 orang “anak perempuan” hasil dari perkahwinan tersebut.
Memandangkan usia mudanya, raja Tut sudah pasti memerlukan penasihat bagi memastikan kesinambungan pemerintahan dijalankan dengan saksama. Mengikut kajian dikatakan Horemheb (Ketua Komander Tentera) telah dilantik sebagai “Lord of Lands” yang menjaga hal ehwal perundangan. Dia juga dikatakan berkebolehan di dalam menenangkan si raja jika berada di dalam keadaan marah. Seterusnya Raja tut dibantu oleh Ay (dikatakan bapa kepada Ratu Nefertiti) dan Maya yang menjaga hal ehwal harta perbendaharaan.
Raja Tut dan Isterinya...dikatakan beliau menggunakan tongkat bukan sebagai lambang kuasa tetapi akibat ketidak upayaan berjalan tanpa bantuan tongkat " genetik Problem?"
Woraittt…
Kenapa raja Tut menukar nama nya dari Tutankhaten kepada Tutankhamun?
Alkisahnya;
Tutankhamun hidup lebih dari 3,300 tahun dahulu dalam era yang dikenali sebagai ‘New Kingdom’. Untuk 2 abad lamanya ,negara Mesir mempercayai kehidupan “super power’ dan penyembahan terhadap berhala. Maklumlah kadang2 para Firaun ni mengangkat diri mereka sebagai Tuhan…adusssz..
Ketika itu Tuhan mereka yang paling mahsyhur ialah ‘Amun”. Kepercayaan ini telah menguasai keseluruhan kepercayaan keagamaan para penduduknya..
Kepercayaan terhadap “Amun” ini bertukar di zaman pemerintahan Raja Amenhotep 1V. Kepercayaan terhadap “banyaknya tuhan” dihapuskan dan seterusnya dia memperkenalkan pula kepada penyembahan Tuhan Matahari yang di kenali sebagai “Aten” . Dan nama Raja Amenhotep ditukar kepada “Akhenaten” Adoooiii…tension!
Sehubungan dengan itu ibukota Mesir yang baru di bangunkan di daerah utara Theves atau dikenali lani sebagai Luxor. Bandar barunya ini di namakan Akhetaten yang bermakna “Horizon of Aten”.
Haaah…di sinilah Raja Akhenaten hidup bersama “ketua segala isteri2nya” Ratu Nefertiti yang dirahmati dengan 6 orang puteri tanpa kehadiran seorangpun putera bagi menggantikan tempatnya sebagai Firaun. Maka jelas Raja Tut bukan hasil hubungan Raja Akhenaten bersama permaisurinya yang termahsyur seantero dunia tu…si Nefertiti ,tapi…
Dikatakan Raja Tut merupakan anak Raja Akhenaten bersama isterinya yang bernama “Kiya”. Dan ada juga yang mengatakan Raja Tut adalah hasil hubungan Raja Akhenaten bersama adiknya, Permaisuri Tiye. Malangnya hal ini tak dapat disahkan dan ibunya itu kekal misteri dan kini dilabelkan sebagai unidentified mummy, "The Younger Lady
Raja Tut dok dalam istana Raja Akhetaten dan diajar dengan pelbagai skil yang selayaknya untuk bergelar sang raja termasuklah kemahiran membaca dan menulis.
Dilantik menjadi firaun menggantikan sang ayah yang mangkat ketika umurnya 9 tahun. Masih anak2 yokk! Berkahwin dengan Ankesenpaaten (adik tirinya…alosss laaa), iaitu salah seorang anak yang dilahirkan hasil perkahwinan diantara ayahanda nya Raja Akhenaten dan ibutirinya Nefertiti.
Pada tahun ke 3 pemerintahannya Raja Tut telah mengubah beberapa perkara yang diperkenalkan sewaktu pemerintahan arwah ayahandanya . Yang paling ketara adalah penamatan kuasa “Tuhan Aten” dan mengembalikan semula pemujaan kepada “Tuhan Amun”. Ibukota Mesir juga dikembalikan semula ke Thebes DAN Raja Tut kemudiannya memilih menukarkan nama nya kepada Tutankhamun dan nama isterinya pula ditukar kan kepada nama Ankhesenamun sebagai simbolik kepulangan Tuhan Amun ke bumi Mesir.
Penemuan Makam Raja Tut pada tahun 1922, banyak harta benda dan artifak2 menarik termasuk dua fetus anak perempuan nya dijumpai disini. Malah ramai pencari harta karunnya terkorban dikatakan kerana sumpahan Firaun ini. Manakla kajian yang lain pula mengatakan kematian si pencari kubur a.k.a harta karun tersebut adalah akibat alergi kepada tanaman tumbuhan/bunga yang sengaja disemadikan di makam tersebut.
Misteri kemangkatan Raja Tut
Agak malang kerana raja Mesir yang penuh glamour and mysterious ini mangkat diusianya yang amat muda… umurnya baru 19 tahun. Angkara siapakah agaknya ye?
Pelbagai andaian dibuat tentang sebab musabab kepada kemangkatannya, menarik ni, yok layan…
• Ketinggian Raja Tut adalah kira2 168cm (5 kaki 6 inci). Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Majalah National Geographic , keluaran September 2010, Tutankhamun merupakan mangsa genetik yang terhasil dari hubungan seksual adik beradik terdekat dengan kata mudah…”sumbang mahram” a.k.a “incest”. Mati mudanya itu dikatakan kerana masalah genetiknya itu. Malah kajian yang dibuat terhadap mumianya juga mendapati terdapat imej kecacatan genetik.
• Ada juga yang spekulasi yang mengaitkan kematiannya itu adalah akibat dari pukulan yang dibuat di kepalanya. Terdapat kesan pukulan dijumpai ditengkoraknya. Woiii.. He was murdered!
• Tapi ada juga yang mengatakan ia berlaku akibat dari kemalangan akibat hentakan ditengkorak akibat jatuh kuda /perang.
• Kematiannya juga dikaitkan dengan kecederaan tulang kakinya. Kakinya cedera teruk dan terdapat jangkitan kuman dihari-hari terakhir hidupnya.
• Dan kajian terakhir mengaitkan malaria penyebab kepada kemangkatannya itu.
So tragedi yang mana satu anda suka? Pilih lah yang mana rase berkenan di hati, no hal!
Kajian santifik dilakukan bagi merungkaikan misteri kematian Raja Tut
Mumia dimasukkan ke dalam Ct Scan
Ok, Apa berlaku selepas kemangkatannya?
Seperti yang dinyatakan sebelum in Raja Tut tidak meninggalkan pewaris tahkta. Maka siapa yang layak menjadi Firaun selepasnya?
Isterinya Ankhesenamun ditinggalkan didalam dilema tanpa pewaris. Ada pendapat yang mengatakan beliau telah menulis kepada Suppiluliumas 1, Raja Hittites (musuh kepada kerajaan Mesir purba) supaya menghantar seorang putera untuk dikahwininya seterusnya dilantik sebagai Firaun yang baru menggantikan Raja Tut.
Bimbang kalau2 ia adalah satu perangkap Raja Hittites menghantar satu pasukan perisik ke Mesir. Setelah disahkan pelawaan permaisuri Ankhesenanum itu adalah benar, beliau telah menghantar anaknya sebagai menyahut pelawaan ratu tersebut. Malang sekali putera raja tersebut telah dibunuh disempadan negeri. Dipercayai pembunuhan itu didalangi oleh Jeneral Horemheb yang merupakan salah seorang penasihat Raja Tut.
Sudahnya “si tua Ay” yang juga merupakan bapa kepada Permaisuri Nifertiti yang juga bekas penasihat Raja Tut telah mengambil peluang untuk mengahwini balu Raja Tut, si Ankhesenamun ..hmmm…sumbang mahram lagi…kahwin cucu lah pulak.. . Ay telah melantik dirinya sebagai Firaun yang baru.
Apa yang terjadi kepada Ankhesenamun selepas itu tidak lagi dapat dikesan oleh sejarawan. Mungkin mati dipenjarakan.. ???
Ay hanya memerintah Mesir hanya utk 4 tahun dan tampuk kuasa sebagai Firaun kemudian di rampas pula oleh Jeneral Horemheb. Dia telah menghapuskan kesan peninggalan Akhenaten, Tutankhamun dan Ay dengan meletakkan namanya di kebanyakan monument. Kes Gilo kuaso gamaknye.
Begitulah kisahnya Raja Tut yang masyhur di zamannya dan masih lagi masyhur disebut sehingga kini. Penemuan mumia berserta harta karun miliknya menjadikan ia antara bahan berita, tontonan dan kajian yang sensasi , berterusan merentas zaman dan sempadan masa.
Biar hidupnya singkat seketika tapi siulan aromanya masih mewangi tanpa noktah.