10 Q WITH 1000 SMILES

Wednesday, 21 September 2011

CEPATNYA MASA BERLALU....

Hari ni saya balik agak cepat dari opis...Jam 5.30pm tepat... tepat. Entah napa rase cam kepala pusing satu macam... Jalan pun mcm rase tak pijak tanah...

Sampai umah... Si Yaya yang baru pulang dr sekolah agama menegur... Ehhh ...napa mama balik awal ni? Gamaknye dah selalu nengok saya balik rumah dekat2 nak Isyak .. Naik heranlah pulak dia...buang tabiat ke mama aku ni...tercegat kat umah jam 6 pm!

Ooooo...kami tahu...mama nak tengok bola Malaysia lawan Jepun ekkkk...teka anak2 bujang pulak...amboi2 ... Pepandai jerk korang!

Abah and the Son

"Mama...ari ni abah out station ke? "Isyyy...dah tahu sangat lah perangai anak berempat ni...

Asal abahnya outstation ...mesti malam semo pindah masuk ke bilik tido mama dia ni hah...Alasan lazim...Kita orang teman mama...k....dan saya tak payah jawab iye ke tidak...masing2 dengan penuh semangat waja...akan mengusung bantal busuk dan rebut2 cari port yang bersesuaian nak landing...Si Aiman dah 17 tahun..tapi masih gitu jugeklah..sama naik je dgn adik2 nya yg lain...


Mama and The Girl

 
Emmm.. Saya biarkan aje..Bila masing2 dah tidur...saya pandang wajah anak2 satu persatu...Dah besar panjang anak2 kami ni...dan ..tetiba airmata merembes...Entah sampai bila la acara berebutan nak tidur dgn mama ni akan kekal berlanjutan agaknya???

Begitu cepat masa berlalu...rasanya baru aje dok nengok mereka bertatih...kini dahpun jadik anak2 remaja!

Semoga anak2 mama... membesar menjadi anak2 yang beriman dan kekal beriman selamanya!

Thursday, 15 September 2011

HARI MALAYSIA... YEZZAAAA..CUTI LAGIK !

Besok Hari Malaysia...Syiooookkk sungguh.. Cuti lagik!

KL lani.. Asal petang jerk ujan.. Maka gagahkan ajelah kaki menahan lenguh dlm mengharungi jam yg terkdg tersangatlah mencabar iman... Tapi ngenangkan besok cuti...jam kaa..tak jammm ka wa..redha...keh..keh..

Sampai umah Aiman and the gang dok menyengeh...depan pintu...dah siap pakai jersey...wokeh mama... Kita orang dah booked padang futsal..mama jgn lupa jemput kita org jam 11 pm.. Amboi sesedap rasa jerk korang wat plan ekkk..

Masuk jerk bilik...Mr Hubby dok sibuk kemas baju...Hai..sayang...kanda out station 2 ari hantar mak balik kg...ekk eleh...ckp pagi tadik nak balik kg besok...dah tukar plan la pulak...

Sudahnya... Tinggal diriku berdua ajek dgn Yaya..layan nengok Tok Najib berucap kat tv...so boring... nasib baik ada anak pompuan sorang wat peneman kalo semo nya ' jantan' haruslah mama korang ni pun turut sama sarung jersey..jadik penjaga gol!

Sudahnya...camana ni...

Sebelum berangkat poi...Mr Hubby bisikkan..u dok diam2 kat umah cecuba surf internet..kalo ada tiket murah kita gi Italy...

Isssy..adakah aku sedang bermimpi....????

Tuesday, 13 September 2011

HAYAT @ TV ALHIJRAH

Sesekali layan channel TV AL Hijrah, ok gak.

Tadi sementara menunggu Aiman balik dari kelas tuisyen saya layan jap citer bertajuk "Hayat"..entah filem dari negara belah mana...mungkin Asia Barat. Citer pasal bagaimana cekalnya hati seorang budak pompuan pintar tapi dok dalam lingkungan org yang marhaen , yang sentiasa melebihkan lelaki dalam segala hal...yang mengkategorikan wanita sebagai kilang nafsu dan anak...bertungkus lumus cuba mencari penjaga adik kecilnya utk waktu sejam ...sebab nak amik exam penting...

Kaum pompuan disekolahkan seadanya aje...Dan yang herannya bagai tradisi ...segolongan pompuan kat kg tu pun turut menyokong gagasan bhw pompuan tak perlu belajar tinggi...tiba masa kawin...beranak...huh....tak sesuai sungguh pemikiran gitu gaye dengan jiwa cik Siti Wan Kembangku!Boleh bikin sawan!

Pada saya.. Semua pompuan mesti belajar .. Celik ilmu...setinggi mungkin jika punya minat dan keupayaan...komdian ko nak jadi surirumah ke, isteri mithali dan solehah ke , artis ke..etc..itu komdian kira...yang penting ilmu perlu ada...bukankah ilmu tu penyuluh idup ???

Amboi...sakan lah pulak...mukadimahnya...

Bukan apa...yg sebenarnya akak ko ni dok teringat zaman akak dok belajar dulu...Masa tu zaman suram.. Awal tahun 90-an.. Di mana graduan universiti.. lepas grad tak dapat kerja...sudahnya gomen bg skim...majikan amik pekerja tak payah byr gaji sbb gomen yg akan byr elaun RM500.00. Pastu jgn ko coba2 nak tinggi suara atau berlagak nak pilih koje..dok menyongel..ada ijazah tapi jadik kerani am..??...Apa kelas...

Dan buat penambah perisa...byk ler pulak...suara2 sumbang kat belakang.. dok sibuk menyalak...ngaji tinggipun tak guna..tak setara ...dgn pendapatan...kawinkan lagi bagus...dok umah beranak banyak-banyak!

Cewah...sesedap rase jer..bersuara...

Tapi...percayalah jika ilmu kita ada...gunakanlah ia dengan sebaik mungkin utk menimba pengalaman...tak rugi! Masa gelap ilmu akan jadi penyuluh...masa terang ia berkilau bak berlian...

Ok..ingat tu...!

Sunday, 11 September 2011

ROUTE TO ITALY: KL-MILAN-FLORENCE-ROME

Jika kita menaiki tren perjalanan dr Florence ke Rome akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Maka bolehlah bertamu kat sini dalam 3 hari.

Setiap kali nama Rome disebut maka fikiran akak ko ni mesti dok teringat kat para pahlawan berbadan sasa dan bersalut baju besi sepikul bagai nak rak menunggang kuda…sambil dok hayun2kan pedang yang berkilat2…dan nyebut…”yee…haaa..”…(aik asal bunyik macam cowboy menjeritlah pulak!) Salah episode ni…

BTW yok.. kita selak kitab sejarah sat, tengok gimana lagenda lama kota Rome ini bermula…kita tanya auntie Wikipedia…yang serba tahu tu…

..akak rumuskan citernya adalah cam gini:

Dikatakan Rome ini di asaskan oleh dua saudara kembar bernama Romulus dan Remus dari negeri Alba Longa…Aiyyooo..kat mana pulak la negeri purba ni ?? Masih wujud ke dalam peta Italy???… Galiii..galiiii..!



Well…Sebenarnya dua beradik kembar ni direncanakan untuk dibunuh oleh Rajanya yang zalim. Caranya ialah dengan cara membenamkan keduanya ke dalam sungai. Tapi…cam biasa..hero mana boleh mati awal..tak ummphhhh..

Panjang umur, kedua kembar diselamatkan oleh seekor serigala . Maka membesarlah keduanya dalam jagaan sang serigala,..TAPI ada gak the other side of story cakap..si kembar ni sebenarnya dipelihara oleh isteri seorang pengembala..maka…suka hati koranglah nak follow kisah yang mana satu…akak??? Mestilah akak pilih dibesarkan oleh sang serigala…cam citer dongeng2 tu…baru thrill seket.

Replika Romulus dan Remus

Komdian…mereka ni membesar menjadi wira..dan berjaya mengembalikan semula Alba Longa kepada pewaris takhtanya yang sebenar.

Si kembar komdian mengembara dan cecuba gi teroka tempat lain..??? Dah jumpa tempat yg strategic depapun dok laa kat situ…maka.. tercatatlah dalam sejarah kota Rom diasaskan oleh sikembar ni pada 21 April 753SM.

Cuma.. yang tak best dalam hikayat ni…Romulus dikatakan telah membunuh Remus kerana tiada persepakatan dalam menentukan nama kota yang diasaskan mereka tu..dan tak ada kata putus perihal siapa yg patut dilantik jadi raja.

Riwayat Si Remus ditamatkan.

Sedihkan…walau lahir dari perut yang sama, membesar serta melalui suka duka bertahun lamanya…tapi dek kerana harta/cinta/nafsu/darjat…manusia sering tewas dalam menilai sebuah nilai keakraban + kasih sayang…ado…yaiii jiwang la pulak!

Maka memerintahlah si Romulus dengan jayenya…kota ni asalnya tidak dihuni oleh pompuan tapi lazim lah…lelaki mana boleh idup kalo tak de pompuan…kaaaaaan!!!

Maka…kalau korang nak tahu citer bagaimana Romulus membawak masuk pompuan2 ke kotanya dan menarik lebih ramai “peminat” untuk menghuni kota Rome ni..rajin2lah meng…google.

…Pernah dengar ungkapan ni…Rome is not built in ONE day?

Jadik…yok kita tengok ..5 benda yang tak buleh miss kalau ke Rome:

Dan mulakan langkah anda utk bertandang ke

The Colosseum: Kat sini kita boleh tengok tempat para Gladiators bertarung . Boleh menempatkan seramai 50,000 orang penonton dalam satu masa. Biar cuma tinggal sisa bangunan…tapi kata orang kalo tak ke sini tak sah lawatan kita ke Rome. Olawei…

Colosseum

The Roman Forum- yang merupakan pusat aktiviti masyarakat Rome dooloo-doolooo..

Roman Forum

The Piazza Venezia

Piazza Venezia

The Trevi Fountain-Salah satu kwsn pancuran air (fountain) yang terkenal kat sini dgn ukiran patung manusia dlm pelbagai kedudukan. Katenya…kalo kita baling duit shilling kat situ…nanti kita akan berulang lagi ke Italy/Rome..
Trevi Fountain

The Spanish Steps
The Spanish Step

Untuk keterangan yang lanjut serta gamabar2 yang menarik silalah ke laman web ni: http://www.italyguides.it/

Jiran tetangga yang jangan sesekali kita lupa kita kunjung kalo dah sampai ke Rome adalah seperti berikut:

1. Pisa

2. Vatican City

3. Kota Pompei

4. Kota Herculaneum

Kalo tak kang menyesal……kena dtg lagik ke Italy…keh..keh..

Worait destinasi terakhir nanti ..akak nak nengok…perjalanan dari Rome-Venice dan tempat2 wajib kunjung kat sana.



Saturday, 10 September 2011

ROUTE TO ITALY: KL-MILAN-FLORENCE

Dah habis menjelajah ke Milan kita proceed lak ke Florence. Spend time kat sana utk 2 hari. Perjalanan dgn high speed tren dari Milan ke Florence akan memakan masa selama 2 jam. Sila rujuk http://italianrail.com/

Kat mana letaknya Florence atau disebut jugek sebagai Firenza? Tengok peta sat.



Florence dianggap sebagai birthplace of Italian Renaissance.

Florence is a small city dan jika anda seorang yang gigih berjalan…semua the main attractions kat sini boleh dijejaki dalam masa ½ ari aje. Dan ..kita kenalah sarung a good walking shoe…k. Bukan apa kengkadang akak nengok org2 yg gi jalan ni pakai kasut, tumit setinggi 3 inci. Mak..oiiii..hilang akal gamaknya..nak wat cat walk gamaknye…pas tu dok sibuk ngadu…”I punya tumit rase cam nak tercabut…” Ieee…tak kose nak layan!

Ok 5 tempat wajib kunjung jika ke Florence:

1 Il Duomo (Basilica di Santa Maria del Fiore)


Sebahagian dari bangunannya...

Selama beberapa abad Duamo (Cathedral) menjadi bangunan tertinggi di Florence. Kebanyakan gereja kat sini mempunyai nilai senibinanya yang tersendiri dan jika anda peminat arkitektur, kejuruteraan dan seni maka boleh ajelah bangunan gini gaye di tatap dan jadikan ia satu bentuk pembelajaran bagaimana manusia dengan kurniaan akal fikirannya begitu bijak mendetailkan ukiran seni sejak zaman berzaman.

Tapi satu perkara yg mesti selalu kita ingat bahawasanya walau bagaimana bijaksanapun kita makhluk , Maha Suci Allah tetap Maha Pencipta Agung yang tiada tandingnya dari segala sudut!

2.The Uffizi



The Uffizi

Dibina oleh Cosimo de Medici I sebagai bangunan pusat pentadbiran pemerintah yang kini udah dijadikkan muzium. Kalo berminat nak masuk kena beli tiket in advance (jika kita gi sana masa tourist season) atau poi pepagi buta amik tiket early bird.

3. Palazzo Pitti and the Boboli Gardens

The Palazzo Pitti dibina oleh salah seorang yang merupakan saingan bagi keluarga Medici. Bagaimanapun disebabkan oleh masalah kewangan bangunan ini akhirnya telah dibeli oleh Medici dan setelah itu telah beberapakali bertukar tangan malah pernah juga menjadi kediaman bagi King of Italy.

The Boboli Gardens pula dibina berdekatan dengan the Pitti Palace oleh isteri Cosimo I de Medici, Eleonora di Toledo. Kenapa ia begitu special?

Selain dari menikmati keindahan gaya taman Italy kurun ke 16 kita juga boleh melihat bagaimana tempat yg asalnya tak de sumber air semulajadi bagi menampung keperluan taman tersebut telah bertukar menjadi begitu subur hasil kebijaksanaan akal manusia zaman dulukala berfikir dan membuat rekacipta.

4.The Ponte Vecchio

Merupakan jambatan yang dibina oleh Medici sebagai “private way” yang menghubungkan Palazzo Vecchio dan Pitti Palace, tanpa perlu melalui jalan yang kebiasaannya digunakan di Florence. Sesatunya jambatan yang selamat dari tragedy pengemboman pihak tentera pada perang dunia ke 2.

Pada mereka yang meminati barangan kulit dan emas permata, jangan tidak2 jenguk le…kejambatan ni kerana banyak sekali deretan “saudagar” emas yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka kat sini.

5.Santa Croce

Merupakan sebuah gereja yang dibina pada tahun 1294 dan di sinilah bersemadinya beberapa insan ternama kat Italy seperti Michaelangelo, Galileo, Machiavelli, Guglielmo Marconi, Enrico Fermi, dan lain2… …ehhh…satu namapun korang tak familiar…dun worry sebab akak kopun tak kenal…sape depa ni semo…keh…keh…

Makanya… kita jalan ajelah di kawasan persekitaran menaiki tren ke tempat seperti berikut:


Peta ni ehsan laman web Lonely Planet

Assisi – Perjalanan dari Florence ka Assisi akan mengambil masa selama 2 ½ hours. Rujuk maklumat kat sini: http://www.sacred-destinations.com/

Bologna - 58 minutes aje. . Rujuk kat sini: http://goitaly.about.com/

Siena - 1 hour 28 minutes jika ke Siena. Rujuk kat sini: http://www.sienaitaly.com/

Lucca - Jaraknya kira-kira 154 miles dari kota Florence, atau 2h45 by fast train (Eurostar) Maklumat lanjut ada di sini : http://www.lucca.info/

Worait…Jumpa lagi...kita tengok camana perjalanan dari Florence ke Rome.



Friday, 9 September 2011

ROUTE TO ITALY: KL-MILAN

Worait…gi mana agak2 cara terbaik nak gi Italy dari Kuala Lumpur ni gamaknya?

Kita tengok map nye dulu....kat manalah letaknye Milan @ Milano ni...


Saya agak2 susur galur laluannya mungkin kita boleh buat camni, dan dalam hal ini saya mengambil pendekatan nak guna jalan campur+campur …tapi lebih kepada jalan darat by train..sbb kata mindaku jalan2 dgn tren lebih senang, comfortable,scenic,dan enviromentally friendly…gitu..

Nak naik k.terbang ni leceh sikit…nak kena ada kat airport dua jam sebelum berlepas laaa..nak kena timbang kati beg kita la…makanan atau air tak leh nak galas samalah..nak ngadap muka pihak imigresen dengan muka cam pesalah..la…ehh..leceh tulll..

BTW ..kalau korang nak naik k.terbang jugek..boleh aje..cecubalah layari laman web ni: http://www.mrcheapflights.com/

Nak drive…??? Fuyyo…dan nak tahu route yang sesuai?? Manyak cantik….! Korang google le sendiri…keh..keh..

Jom citer…

1. Ok…Memula kita amik penerbangan …dibaca..“tambang murah” menuju ke Paris. Atau jika korang pilih ke London.pun no hal. Amik tren Eurostar dari London ke Paris. Perjalanannya tak lama…Cuma 2 jam 25 minit. Rega tiket dari £39 utk laluan sehala bergantung keadaan…kena check kat laman webnya lah.

2. Sampai kat Paris, sambung perjalanan ke kota Milan …guna Artesia TGV..arga tiket dari £29 bg perjalanan sehala…Sila rujuk http://www.eurorailways.com/. Perjalanan dianggar memakan masa dalam 6 jam 40 minit.


Jalan keretapi ke merata Italy
Alamak lamanya…naik kematu ..punggungku! So..apa kata kita tukar plan…Gi Milan guna flite. Dari London (Stansted Airport) terus ke Milan (Bergamo Airport), Italy amik masa penerbangan dalam 1 jam 55 minit. Guna Ryan Air. Jika nak tahu rega ticket dan yang sekufu dengannya, sila semak kat sini http://www.ryanair.com/. Ok cun.

Kedudukan Bergamo ni lebih kurang 45km to Milan. Jadik utk ke Milan kita buleh amik train dari Bergamo Station yang beroperasi setiap 30-60 minit. Tiket utk dewasa dalam rega €4 per pax. Perjalanannya pula akan memakan masa dalam 1 jam. Atau kalo mahu bulih aje…dok kat Bergamo sehari..intai pemandangan yang indah kat sini then baru bergerak ke Milan.

Tengok dok kat mana itu Bergamo Station

Dah sampai Milan kita spend 2 hari dok sana.

Kalau kota Rome mewakili the “old “ Italy maka, Milan ni seumpamanya mewakili “new” Italy.

5 tempat wajib jenguk kat Milan:
• The Duomo , gereja lama, 4th largest cathedral in Europe yang merupakan land mark bagi kota Milan. Laa.. Apasal lak kita kena gi tengok gereja depa??? Sendiri sukalah..kalo tak suka escape aje…bukan ada org marah ponnn!

• Scala- Orang Italy menggelarkannya sebagai Teatro alla Scala yg merupakan a world famous opera house kat Milan.Tak minat…dan lebih minat pasukan bola AC Milan dan nak ke stadiumnye??? Entah…bukan urusan akak…sebab akak peminat Chelsea…wooooo

• Castello Sforzesco-Salah satu istana tertua di Italy. Kat sini buleh jenguk karya Leonardo da Vinci yang dilakarkan kat ceiling. Kata orang cantik bangat!

• Galleria Vittorio Emanuele II- Tempat lepak para kaki shopping…semua the big famous designer store ada kat sini.

• Leonardo Da Vinci’s Painting of The Last Supper-Kat sini terhimpunnya lukisan2 cantik dari karyawan tersohor Italy… Olawei kalo nak masuk kat sini korang kena book tiket kengkurang 2 months in advance. Laris macam goreng pisang panas.Diberitakan kalo nak nengok karya “Santa Mariadella Grazie Chuch” pun Cuma 20 minit aje dibenarkan dok nonggek kat situ dan depa ni is very strict dgn masa yg di allocate.

Kalo ada masa lagi poi laa explore tetangga berdekatan ngan Milan seperti Navigli, Sirmionne, Cremona (dgn tren perjalanannya dr Milan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam jerk) dan Mantova. Apa yg specialnya pasal tempat2 ni korang carik le maklumatnya sendiri.

Ok.. bersambung…ke next entry….pasal perjalanan dari Milan ..camna nak mengarah pulak ke Florence…tungguuuuu!

Thursday, 8 September 2011

KOTA POMPEII, ITALI...SEJARAH TERUNGKAI

Seperti yang saya janjikan...yopp kita merungkai misteri hilangnya kota Pompeii.

Kota Pompeii hancur akibat letusan gunung Vesuvius pada tahun 79 M. Gunung Vesuvius di sebut Monte Vesuvio dalam bahasa Itali merupakan satu2nya gunung berapi yang aktif di Eropah.

Kedudukan gunung Vesuvius

Debu letusan gunung Vesuvius telah menyebabkan 2 kota mengalami kemusnahan yang teruk dan lenyap dari peta dunia buat seketika. Kota berkenaan adalah Herculaneum dan Pompeii. Berbanding Herculaneum, Pompeii lebih glamer dan lebih banyak diperkatakan oleh peminat kembara kota purba.

Lihat kedudukan kota Heculaneum dan Pompeii yang suatu masa dulu telah lenyap dari peta dunia

Gunung Vesuvius dari Kota Pompei

Dan ..Jika minat anda membara untuk melihat gunung Vesuvius dari dekat maka jgn tidak-tidak… pegi le wat kunjungan hormat ke sana. Kawasan persekitarannya telah diisytiharkan sebagai Taman Negara pada 5 Jun 1995.

Puncak ke Vesuvius dibuka untuk tujuan lawatan & pendakian kepada orang awam.Jalan ke sana boleh dilalui dengan kenderaan.Tapi jarak 200m seterusnya utk menghala ke puncak Vesuvius anda kenalah berjalan kaki .

Al kisahnya, Pada awal bulan Ogos tahun 79M, tanda2 awal bencana telah mula diterjemahkan oleh bahasa alam.Mata air dan alur sungai mulai mengering. Pada 20 Ogos 79, Getaran-getaran gempa ringan mulai terjadi.. Tapi para penduduknya tidaklah mengambil perhatian secara serius akan hal ini memandangkan sebelum inipun getaran2 sebegitu sememangnya sering berlaku.

Illustrusi gunung Vesuvius yang memuntahkan lanar dan laharnya

Empat hari kemudian, pada petang 24 Ogos 79, ledakan dari gunung Vesuvius mulai mengganas dan amarah gunung Vesuvius ini telah menyebabkan kota Pompeii ditimbun dengan lanar gunung berapi dan debunya sejauh kedalaman dari 6-7 meter. Ia turut dikatakan mengorbankan 10,000 – 25,000 orang. Dan menyebabkan kota Pompeii ini lenyap dari permukaan bumi selama 1,700 tahun.


Secara kebetulan kejadian ini hampir bertepatan dengan Vulcanalia, perayaan dewa api yang dirayakan di Rome pada setiap 23 Ogos. Pada perayaan ini Unggun api besar dinyalakan dan Dewa Api ini dipersembahkan dengan hadiah korban seperti binatang dll.

Kawah gunung Vesuvius dari jarak dekat...

Psstt…Muntahan terakhir lahar gunung berapinya berlaku pada tahun 1944.Emmm… (Year 2011- Year 1944) udah lebih 67 tahun ia berehat!

Kehadiran kota ini hampir dilupakan dari lipatan sejarah. Lalu bagaimana Kota Pompeii ini tetiba muncul selepas tertimbus beribu tahun???

Setiap tahun Kota Pompeii menggamit ribuan pengunjung yang ingin melihat kota lama yang pernah lenyap seketika...
Pada 1594,sekumpulan pekerja yang diketuai oleh seorang arkitek bernama Domenico Dorgana diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah.Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan terbabit.

Penemuan2 artifak yang masih berkeadaan baik ini sememangnya menarik banyak pihak utk merungkai misteri runtuhnya kota Pompeii.

Dikatakan kota Herculaneum ditemukan kembali pada 1738, dan Pompeii pada 1748. Kedua kota ini digali kembali dari lapisan debu tebal. Serpihan bangunan yang masih utuh ditemui disebalik timbunan debu tebal.



Dan ajaibnya selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

Penemuan aneh itu adalah termasuk sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu dengan keadaan menjalani aktiviti normal sebuah kehidupan seperti ketika sedang berjamu selera.Malah ada juga jasad manusia yang sedang melakukan hubungan seks luar tabie. Maha suci Allah, mungkin penemuan ini sebagai sebahagian dari peringatan kepada manusia bahawa Allah mampu melakukan segalanya!

Giuseppe Fiorelli yang turut terlibat dalam misi pencarian kota misteri ini adalah orang yang menyarankan penggunaan teknik suntikan plaster terhadap ruangan kosong dalam tubuh korban Vesuvius yang sudah hancur untuk membentuk kembali permukaan tubuh mereka secara sempurna.

Sesungguhnya segala kejadian yang Allah paparkan adalah untuk memberi peringatan ke atas kita hambanya.

Sejarah kota Pompeii tidah mustahil akan berulang!

Menarik bukan...kebanyakan gambar yang saya paparkan di sini hasil galian dan pertolongan "Uncle google". Jika suatu masa saya diberi kesempatan untuk ke sini...tentu sekali saya akan berkongsi sekali dengan gambar2 nya. Doakan saya!

Dan untuk entry berikutnya saya akan berkongsi sedikit bagaimana nak sampai ke kota Pompei ini jika berkesempatan untuk singgah di Italy!

Tunggu!

Wednesday, 7 September 2011

KOTA POMPEII, ITALI

Dalam salah satu wishing travel list, saya ada meletakkan Italy sebagai salah satu Negara wajib kunjung seandainya diberikan kesempatan untuk membuat pilihan. Kenapa Italy???

Banyak sebabnya, tapi yang pasti bukan kerana tarikan jenama fesyen antarabangsanya!…Saya sebenarnya lebih kepingin untuk melihat rentetan tamadun awal manusia yang banyak sekali dilakar dipersekitaran kota lama Rome yang sering menjadi bahan bacaan tatkala mempelajari subjek sejarah waktu zaman persekolahan.

Dan saya mahu mengecilkan sudut bicara pada kali ini kepada sebuah penempatan di Italy yang dikenali sebagai Kota Pompeii.

Pertama kali saya mendengar nama Pompeii adalah tatkala saya menerima hadiah sebuah buku cerita sewaktu bersekolah di primary school pada akhir tahun 1970-an..tak tahulah hadiah untuk apa ye…kuiz kaa…pelajaran ke..atau mungkin jugek..hadiah utk entah apa ke pertandingan yang saya masuk once upon a time dulu.. tajuk sebenar bukunya saya lupa tapi..rasenya berbunyi i lebih kurang begini “ RUNTUHNYA KOTA POMPEII”.

Walau..hati saya sedikit geram kerana mendapat sebuah buku yang saya tak berapa gemar..tapi buku tersebut habis jugek dibaca “dengan segala jerit perih”…almaklumlah masa tu saya lebih senang membaca citer2 NODDY,Cinderella, Beauty & The Beast, Kisah 5 Sekawan, Siri Penyiasatan Anak2 Hadi,Siri Salma dan yang seangkatan dengannya…

 

Back to buku citer Pompeii tadi.. Ia mengisahkan berkenaan dengan kisah kanak2 yang hidup dipersekitaran kota Pompeii dan diminta melarikan diri kerana kota Pompeii diberitakan akan tenggelam/hancur/tertimbus dek bencana alam dari debu dari gunung berapi.

Tika itu saya sendiri tidak mengetahui bahawa kota Pompeii itu benar2 wujud…kerana pada perkiraan saya…ia cuma kota rekaan si penulis semata2..dengan kata lain citer dongeng kanak2! Kih…kih…pada “zaman kanak-kanak riang” manalah akok ko ni nak kenal dunia luar…tambah lagi yang namanya pelik2 gini gaye!
Dan anehnya cerita tragis tentang runtuhnya kota Pompeii itu bagai menggamit sebuah memori yg sukar diungkap dengan kata2...

Woraittt..Jom kita sama2 lihat di manakah letaknya Kota Pompeii ini…

Pompeii adalah sebuah kota zaman Rom kuno yang berdekatan kota Napoli. Lani berada di wilayah Campania, Itali.

Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Malangnya, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang tersendiri, kota itu sebenarnya mempunyai cerita sisi hitamnya yang meloyakan.

Dikatakan bahawa aktiviti pelacuran serta hubungan homoseksual diamalkan secara berleluasa tanpa sempadan.

Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah sebagai daya tarikan alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan 'Mithra' yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Hal ini mengingatkan saya tentang kisah nabi Luth dan peringatan terhadap kaumnya yang suka mengamalkan hubungan sejenis diperincikan di dalam Al Quran untuk menjadi teladan bagi kita umat manusia. Sejarah pasti berulang dan peringatan Allah itu adalah diyakini Benar, belaka!

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya Surah Al-Anbiyaa ayat 74 dan 75 , Surah Asy-Syu'ara ayat 160 sehingga ayat 175 , Surah Hud ayat 77 sehingga ayat 83 , Surah Al-Qamar ayat 33 sehingga 39 dan surah At-Tahrim ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya
Dan sebelum kita berkisah lanjut tentang kota Pompeii…apa kata kita singkapkan sedikit tentang kisah nabi Luth ini agar pengajarannya dapat kita manfaatkan bersama!

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut , Laut Mati. Ibukotanya bernama Sodom.
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya.

Menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu dari menular kepada tetangga-tetangga yang terdekat, ialah dengan menghapuskan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas sikap buruk kaumnya itu dan menjadi teladan kepada mereka yang lain.Baginda memohon kepada Allah agar masyarakat Sadum ini diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak

Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat yang menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang turut diutuskan kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahu bahwa mereka adalah utusan Allah dengan tugas menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum.

Dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab keatas kaum Sadum ditangguhkan ,kalau-kalau mereka kembali sedar dan mengikuti ajakan Luth serta bertaubat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar.

Dalam pertemuan itu juga Nabi Ibrahim mohon agar anak saudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan ke atas kaum Sadum .

Para malaikat itu sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas tampan dengan badan yang berotot, tegap dan sasa tubuhnya. Dalam perjalanan mereka hendak memasuki kota, mereka berselisih dengan seorang gadis yang cantik dan ayu sedang mengambil air dari sebuah perigi.

Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada si gadis kalau-kalau mereka diterima ke rumah sebagai tetamu. Si gadis tidak berani memberi keputusan sebelum dia berunding terlebih dahulu dengan keluarganya. Maka ditinggalkanlah para lelaki muda dan pulang ke rumah untuk bersegera memberitahu ayahnya (Luth) tentang hajat lelaki2 muda (malaikat) tersebut.

Nabi Luth telah pun berpesan kepada isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan kedatangan lelaki 2 muda itu dari pengetahuan kaumnya. W/b/p, isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan penduduk Sadum, telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada kaumnya.

Dengan itu datanglah beramai-ramai lelak-lelaki Sodom ke rumah Nabi Luth, berhajat untuk memuaskan nafsu seksual mereka. Mereka berteriak memanggil Luth untuk melepas anak-anak muda itu kepada mereka untuk memuaskan nafsu.

Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin.Kaum Sodom berebut untuk memasuki rumah bagi mendapatkan lelaki muda berkenaan. Sebaik para penyerbu memijakkan kaki untuk masuk, tiba-tiba pandangan mereka menjadi gelap. Malaikat-malaikat tadi telah membutakan mata kaum tersebut.

Para penyerbu rumah Nabi Luth tadi berada dalam kekalutan dan berteriak-teriak bertanyakan sebabnya.

Para Malaikat menyeru Nabi Luth meninggalkan segera perkampungan itu bersama keluarganya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah menimpa kaumnya. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.

Nabi Luth keluar dari rumahnya sehabis tengah malam, bersama keluarganya yang terdiri dari seorang isteri dan dua puterinya. Mereka berjalan cepat menuju keluar kota, tidak menoleh ke kanan mahupun kekiri sebagaimana yang diarahkan oleh para malaikat yang menjadi tamunya.

Akan tetapi si isteri yang menjadi musuh dalam selimut mengingkari perintah tersebut.

Dia berada dibelakang rombongan Nabi Luth, berjalan perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-henti menoleh ke belakang karena ingin mengetahui apakah musibah yang akan menimpa ke atas kaumnya.Dia seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri.

Nabi Luth berserta kedua puterinya melewati batas kota Sadum. Maka sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua pemghuninya

Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sadum, dan hancurlah kota tersebut.

Melayari kisah kota Pompeii seolah...sejarah itu berputar kembali...

Dan...kisah tentang kota Pompeii..akan saya sambung dalam entry yang berikutnya...


Saturday, 3 September 2011

JAUH DIMATA JAUH DI HATI....

Terkadang saya tidak faham dengan sikap sesetengah orang yg punya sikap tak senang melihat orang senang. Mereka lebih senang kalau diri mereka senang sendiri. Kesenangan orang lain mendatangkan musibah buat diri mereka!Terkadang sampai boleh hilang saudara,serius!

Iri hati mungkin...dengan kata lain ..jiwa kacau!

Saya lebih senang melihat rakan taulan serta saudaramara saya hidup senang! Malah hati saya akan bertambah senang jika mereka tergolong dalam kelompok hidup senang yang berjiwa merdeka..tidak bakhil dan punya sikap terpuji serta rendah diri...

Bukan berniat untuk menumpang kesenangan mereka... Tapi sekadar menumpang bangga ...bahawasanya umat Muhammad hidup senang tidak melarat!

Saya cukup " menyampah " dengan golongan orang yang tak senang melihat orang lain senang...issyyy...bukankah rezeki itu Allah yang tetapkan...Toksah lah dok kalut dengan hasad dengki...dan ...

Seeloknya marilah kita bersama berusaha utk terokai hidup ini sebaiknya dan setiap rezeki yang Allah limpahkan kita kembang biakkan...mudah2an berkat!

After all life is too short...to cry!

KENAPA LA PULAK SEMO ORG TAK BAWA BALIK KAMERA????

Sedikit frust kerana macam2 hal yg kami buat sekeluarga tak dapat dirakamkan ...semo org lupa bawak balik kamera! Adoiii...aktiviti masak memasak tak leh rakam, citer lenggang kangkung raye tak leh snap... Kisah shopping kat sempadan pun tak leh nak share, citer mandi manda kat Pantai Cinta Berahi...hanya tersemat kat sanubari dannnn yang paling sadissss...lagak anak2 memperagakan baju rayapun kantoi....huaaaa....sedih nyerrrrr!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...