10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 29 November 2011

BILA SANG BURUNG...BERBICARA TENTANG BAHASA ALAM



Setiap pagi tatkala berkereta dari rumah ke pejabat, saya akan melalui “satu jalan berbentuk T junction” menuju ke jalan besar. Ditempat yang berbentuk rumah itu adalah terletaknya satu masjid.

Kata orang jika bangunan tersebut berada dalam kedudukan begitu..org tak nak buat tempat tinggal atau jika wat bisnes..lingkup..tak dak ong..yelekk feng shui! Sejauh mana kebenarannya tidaklah pula saya ketahui..tapi apa yg saya perhatikan masjid berkenaan..ok jerk..selalu meriah dengan aktiviti keagamaan dan tatkala tiba Jumaat..jemaahnya berpusu..melimpah ruah sampai ke kaki lima..penuh Rahmat!

Walau bagaimanapun bukan kisah feng shui yang saya ingin bualkan..tapi ianya adalah berkaitan dengan burung. Ye..saya perhatikan segerombolan burung di sini tak pernah gagal membisikkan tentang satu rahsia alam! Kalaupun bukan utk orang lain…saya anggap ajelah..bisikan itu adalah buat saya.. tafsirkan sendiri!

Kadang2 mereka.. “mereka? ..utk burung??” betulkah penggunaan bahasa ku..Emmm....apa2 ajelah..


Burung2 ini akan berterbangan secara berkelompok..terkadang menderu secara beramai-ramai.....bising..berchit..chit..berlegar dari arah kubah masjid..terkadang pula cuma 4 atau 5 ekor aje..terbang manja2 seolah sekadar ingin mengucapkan selamat pagi …dan.. adakalanya mereka ini bagai merajuk..berhari tak nak menampakkan bayang.

Sesekali saya terpikir di mana sarang burung2 tersebut berada..dan kenapa mereka sering berkeliaran di sini..sama tempat….sama waktu..apa yg mahu mereka sampaikan??? Emmm…

Saya dongak ke langit....apa yang ingin mereka sampaikan?

Setelah sekian lama..memerhati..saya semakin bijak menafsir!

Tahulah saya bahawa mereka cuma ingin berkongsi berita...dan bercerita tentang bahasa alam..tentang hujan..tentang ribut petir atau sekadar ingin mengingatkan saya agar“sediakan payung” sebelum hujan.

Dan..Kalaulah mereka ini dapat memahami..ingin sekali saya titipkan ucapan ini;

“Terima kasih wahai sang burung kerana tafsiranmu tentang gelodak alam diterjemahkan dengan begitu baik sekali buat kami yang sering alpa dan dangkal berfikir! ”

Saturday, 26 November 2011

SPM: SELEPAS SPM NAK BUAT APA?

WHAT'S AFTER SPM
Foreward By  : Roshan Tiran


Buku ini saya dapatkan sewaktu menyertai beberapa rakan sekerja mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak badan kebajikan"foundation club" kat opis.

Bagus..buku ni..boleh didapati di MPH Book Store. Harganya saya tak berapa nak pasti..kerana kami membelinya dengan harga diskaun.

Buku ni menghimpunkan 101 kisah benar golongan belia Malaysia ..tentang apa yang mereka buat selepas SPM, pilihan ke universiti..adakah kursus yang dipilih sebenarnya apa yg mereka hendakkan sebenarnya..dan macam2 lagilah..

Memandangkan SPM 2011 pun dah hampir nak abis..maka buku ini berbaloi2 dan  elok benarlah utk dibaca..

Membaca kisah mereka ini..kita juga mungkin pernah menjadi sebahagian dari mereka once upon a time...dapat result SPM ..tak tahu nak pilih bidang apa..lambung dadu..isi form serba universiti..mana yg datang dulu itu yg kita amik..yg penting mesti masuk "U"..sudahnya belajar separuh jalan..."menggelupur" jumpa dekan..hari2 berkampung di pejabat Hal Ehwal pelajar..nak tukar bidang pengkhususan....komdian permintaan tak lulus..tak dapat tukar ..muka moyok macam siput sedut...dok meroyan tak nak belajar la pulak..kesian mak bapak!

Ada jugek..belajar penat2 bertahun...Ijazah dah berjela..lain yg dikhususkan lain pulak bidang yang diceburi..alasan: amik kursus tu saje jer nak test power...bukan minat pun...

Macam-macam!

Jadik tunggu apa lagi..anak2 sekelian..besok..pi MPH..carik buku ni!

Thursday, 24 November 2011

NASIHAT LUKMAN AL HAKIM

25 Rumusan dan Nasihat Lukman al Hakim buat anak2nya ini amat wajar untuk kita sama2 hayati:


1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isi dari taqwa itu adalah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah SWT.

2. Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sadar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT.

3. Hai anakku: orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia akan tawadhu kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

4. Hai anakku: seandainya ibu bapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang engkau lakukan, maka marahnya ibu bapa mu adalah bagaikan baja bagi tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu menjadikan diri kita hina di siang hari dan gelisah di waktu malam.

6. Dan senantiasa berharap kepada Allah SWT dijauhkan tentang hal-hal yang menyebabkan kita ingkar atas perintah Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar rasa takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.

7. Hai anakku: seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya karena tidak dipercayai orang lain dan seorang yang telah rusak akhlaknya akan senantiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku: engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga/jiran yang jahat.

9. Hai anakku: janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku: bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab hal itu akan mengingatkanmu kepada akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing saja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan saja karena manisnya sesuatu dan janganlah langsung memuntahkan pahitnya sesuatu, karena manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku: bukanlah satu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah terkumpul banyak engkau tidak mampu memikulnya, padahal engkau masih mau menambahkannya.

16. Hai anakku: bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Senantiasa bertutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku: bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah temanmu yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikan dirimu dalam tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain karena itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku: janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan urusan dunianya.

21. Hai anakku; usahakan agar mulutmu terjaga dari kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, karena engkau akan selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku: janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan karena sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak bermanfaat bagimu, janganlah menyia-nyiakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan siapa-siapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku: bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya karena sesungguhnya hati ini akan tentram mendengarkan nasihatnya, berilah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku: ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke dalam keranjang sampah karena nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak hal itu akan membinasakan dirimu.

Tuesday, 22 November 2011

SRK SRI SURIA:MENGGAMIT MEMORI


Teman sepermainan di zaman persekolahan ...SRK Sri Suria
Duduk dari kiri: Suryana,Ima,Azah,Siti Kamsiah
Berdiri dari kiri : Zie, Yatie,Sulaiza dan Ida

Seronok sungguh hari ni! Selepas kira2 setahun tak jumpa ..hari ni kami berkumpul lagi dan kali ni…bertambah  meriah bersama 2 (dua) lagi teman sepermainan yang  kami kenali sejak di “sekolah milo” ..Pn Sulaiza Sulaiman dan Pn Suryana Nordin. Dah lama tak jumpa ni..ala2 “jejak kasih” gitu!

Sulaiza  & Ruhaida

Sulaiza dah chop secara rasmi menjadi warga Melaka manakala Da..si Lawyer masih aktif berkhidmat!

Azah Dan Siti

Thanks & Tabik spring to Azah yang memang boleh diharap2kan bila tiba bab2 gathering kengkawan lama ni... begitu gak dgn  Cik Siti!

Suryana ..masih setia dok kat Kelantan..Anaknya yang sulung dahpun mencecah awal 20-an!...hmm.. lama sungguh kami tak jumpa!

Ima dan Yatie...terbaekkkk!

Nak storylah sikit...

Jika saya diberikan pilihan zaman persekolahan manakah yang paling indah…maka tanpa ragu saya akan memilih zaman kanak2 riang sewaktu di sekolah rendah! Biar udah berpuluh tahun ia saya tinggalkan..tapi memori itu tetap ada tempatnya ..terselit kemas di sudut hati saya. Istimewa!

Emmm..venue yang di pilih bagi mini re union ni…cam biasalah..kena penuhi syarat kami2…ni.. mudah aje..

  • tempatnya mestilah sempoi…
  • tak formal sangat..senang carik dan...
  • paling penting parking space byk…


…kat mana?? kali ni… Cafetaria kat Istana Budaya..kami serbu reramai..seolah2 menyerbu ke kantin SRK Sri Suria once upon time … sibuk berbaris membeli makanan!


Bezanya ?

Jom pandang belakang!


Dulu..kami cuma dibekalkan duit secara puratanya adalah dalam 10-50 sen ke sekolah..makan kena pilih..silap2 kami rembat makanan “kupon” gomen..tapi sekarang masing2 berkebolehan utk beli makanan sesedap rase..siap boleh komplen makanan ini sedap ke tidak..berbaloi dgn rega ke tidak.. etc


Dulu..kami makan sesedap hati..makan comot2 sampai tembam tak hengat donia..tapi sekarang makan nak kena bersukat..takut tembam..tak surut-surut!



Dulu lepas lari ke kantin..makananpun lum sempat hadam..kami dah lari ke padang sekolah sebab dok sibuk nak kejar masa..nak main "selambut" “zero point” , “pukul berapa datuk harimau” , detcok,tukar tiang dan baling bola “awa” …tapi kini…dalam dok sibuk melayan kerenah kerja, suami dan anak2..kami gak dok sibuk nyelak FB sambil sesekali sekala bertweet..dan menyalak di blogggggg!



Dulu kami selalu kena “beleber” kat mak ayah kerana malas belajar…suka main2…kasut berselut…baju uniform putih bertukar color.. dek peluh dan contang-conteng debu “water color” waktu kelas lukisan…kini masing2 bercerita ttg kerenah anak2 ..dan leteran yang sama bernyanyi di bibir masing2!



Dulu masing2 selalu bercerita tentang pakaian patung kertas “Cinderella” terbaru di pasaran, cerita tentang pencil,pemadam ,klip rambut … yang mak ayah baru beli, kini… masing2 cerita tentang gaji yang naik ciput2, cara nak tambah pendapatan, tentang holiday, tentang camana nak buat kek atau kuih muih “terbaek” di Asia Tenggara dan citer si polan dan si polan bakal atau dah terima menantu!

 

Dulu kami gossip tentang “budak” hensem yang baru join kelas kami atau “budak cam bagus” yang jadik "pet" cikgu, Lagik????... tengok siapa paling banyak terima surat dari “secret admirer” ..kini…gossip.. tentang apa???

Oooo… Biarlah rahsia! Haa…haaa..
 
Emmm..Sungguh indah..dan terasa sangat begitu cepat masa berlalu…

Mudah2an..dikesempatan yang lain kami juga akan berpeluang bertemu dgn "teman sepermainan" kami yang lain juga... 








Sunday, 20 November 2011

FRIDGE MAGNET: HARD ROCK CAFE

Sebenarnya saya bukanlah 'die hard' fan  mengumpul cenderamata berbentuk pin, T.Shirt atau short glass oleh Hard Rock Cafe.

Tatkala singgah kat Hard Rock selalunya saya cuma membeli barangan kiriman teman2 atau jika suka saya akan membeli T.shirt..itupun bukan selalu.

Tapi entah macamana...saya tetiba boleh "terjebak + terminat" nak mengumpul fridge magnet  Hard  Rock Cafe ni?

Ahaaa... semuanya bermula waktu menyinggah kat Ho Chi Minh bersama anak lelaki saya Aiman. Waktu tu dia dok sibuk ngendeng saya belikan "buckel'' tali pinggang nya..dan kawan baik saya si Azie dok sibuk nanya "pin" yang mana patut dia beli...dalam hati saya dok ngutuk..apasal la dok sibuk beli pin-pin ni..dah le kecik..arga mahal ..tak berbaloi!

Selamba...aje saya menjawab...gue tak minat..tapi kalo ada fridge magnet..gue suko..dan nak dijadikkan citer..saya mmg berkenan kat koleksi2 magnetnya! Dan sejak itu..bermulalah minat saya membuat koleksi2 gini gaye...

Koleksi saya masih tak banyak..maklumlah baru nak berjinak2..apa2 halpun jom kita kongsi "spy"!


 Koleksi yang saya dapat waktu ke Amsterdam dan Paris..Malangnya saya terlepas nak "memburu" koleksi ni sewaktu ke London dan Collogne.  Sebabnya..Mr Hubby..tak nak nyinggah..penat memujuk..tapi dia wat seketuiiii...jerk..katanya.. kami dah kesuntukan waktu, tika itu!

Frust...nonggeng!!!

So..Kalo ada teman2 nak ke sana..bagi tau...la..nak kirim..bule??

 Koleksi pertama saya...tu dia..yang warna kuning..Ho Chi Minh dan sungguh sepadan bila di gandingkan dengan fridge magnet yang dari Penang tu..betui tak..macam pengantin la pulak.."sama cantik sama padan"...huaaah!

 Ini koleksi dari Hong Kong

Saya cuba membuat koleksi magnet berbentuk guitar kesemuanya...tapi jarang dapat..sebabnya ada sesetengah tempat depa kata koleksi yg saya carik tu dah sold out dan ada kalanya pula bila saya nak dapatkan kedua2nya.. duit saya pulak yang tak cukup..jadik..sudahnya saya cuma pilih mana2 yang ada atau yang paling indah dipandangan mata ...kala nak buat keputusan koleksi  mana yang patut di beli..boleh gitu?

 Koleksi dari Gold Coast

Ada yang bertanya kenapa saya tak buat koleksi Short Glassnya??? Emmm..mudah jawapannya.."Lum sampai seru!"

Walau bagaimanapun saya ada gak wat koleksi short glass..tapi bukan yg Hard Rock cafe punya.. short glass yg saya kumpul adalah dari merata tempat yang saya kunjungilah..ada yang pendek, montok, lonjong dan mcm2 bentuklah..

 Alamak..teknik penggambaran yang "kureng" dan terlebih cahaya... sorry lah ye..Ini koleksi dari Phuket!

Baru 7 ketui..Tak banyak manapun...

Bila disusun balik..baru perasan..saya tak de koleksi "Kolumpo". tengoklah..kalo ada masa nanti..saya pi carik!

Dan..saya gak dah terjebak utk mendapatkan kad keahliannya. Banyak kelebihannya..Nak tahu napa?? Silalah rujuk kat laman web dia ni http://www.hardrock.com/ 

Worait...jumpa lagiiiiii!

Saturday, 19 November 2011

BOLA..OH..BOLA!

Syok tengok bola dgn anak2...kat umah! Tambah syioookkk...bila pasukan Malaysia yang dianggatoi oleh pemain2 muda belia..berjaya ke peringkat final sukan Sea!

Thursday, 3 November 2011

18 TAHUN DAN MOGA TERUS BERKEKALAN...


Each Year I Fall In Love Again With You

When I first met you all those years ago,
I fell in love so fast, I knew right then,
You were the one and only one for me;
I'd never have to look for love again.

Each anniversary finds us happier;
You are my light--my moon, my star, my sun.
You show me what real love is all about,

You fill my life with pleasure, joy and fun.

As time goes by, our love grows stronger still.
You're the most amazing man I ever knew.

I prize our anniversaries because
Each year I fall in love again with you.

By Joanna Fuchs



Alhamdulillah pada tarikh yang sama pada tahun 1993, ikatan mesra yang terjalin selama 2 tahun dikampus kami meterai dengan ikatan yang lebih akrab, secara sah.

Sudah 18 tahun usia perkahwinan kami …dan lumrahlah alam berumahtangga…ada kala irama gempitanya agak tegang dan ada kala alunannya terlebih romantis. Segalanya kami cuba lalui dengan sehabis baik agar mahligai yang dibina kekal indah.

Alhamdulillah!


Wednesday, 2 November 2011

TIBA-TIBA RASA MACAM NAK MARAH....



Tension tak bila entah sapa2 yang anda tak kenal ..entah mari dari planet mana…tetiba call, konon dari company so and so..dan tanpa bg peluang kita bercakap terus introduce produk insuran soh kita beli.

Konon soh kita luangkan masa 5 minit utk dengar syarahan dia dan belum kita bg jawapan tanpa segan silu…mulut “macam tarak insuran” kalah bertih goreng…tak hengat donia…dok citer pasal kelebihan produk insuran depa! Komapun tak de..apatah lagi noktahnya…tercungap2..bercakap ..macam baca skrip!

Sampai diri kita ni rase lemas dan tak diberikan peluang menyelit!


Tapi…keh..keh…Tahu pula hangat diri … bila kita matikan ayat…”Gue tak minat”…

Masalahnya …beriyalah pulak soh kita bg reason napa tak minat.

Kadang rase macam nak sumpah jerk depa ni jadik kodok paling penyek kat dunia..biar padan muka!



Dah le telepon sesedap rase…panggil nama kita pun ikut sedap mulut…ada hati nak jual macam2.. letih mak..tambah lagi kalau dalam sehari; dua tiga kali dok dapat panggilan gini gaye!



Tambah parah kalo masa tu …dok kita time sibuk dan kena “angkat telepon”..kot2 ada benda penting antara “hidup dan mati” kalau termiss call..adooi…ya…bilamana terpaksa luangkan masa dengan benda2 gini gaye…memang suhu marah gue akan memuncak parah…tahap gaban…!

Astaghfirullah hal azim....!

Tuesday, 1 November 2011

IMPIAN PERJALANAN...KEMBARAKU..2012


Map of Scotland

Semalam dah wat grup meeting  dgn kengkawan yang akan mengembara bersama pada tahun depan.Insya Allah destinasi kami adalah ke Scotland-Wales-London.

Bercadang utk ke sana selama 15 hari, berempat.Semo pompuan! Wahhhh..memang gigih ...bersemangat kental segala!

Makanya..cam biasa...kenalah study sesikit tempat dan jalan yang akan kami gunakan nanti!Bila bercakap pasal travel..memang terasa hari2 saya akan menjadi begitu "gemilang"..sibuk sungguh benak dok mencerna itu dan ini.Tak dak istilah jemu! Tak kira siang atau malam..keterujaan tu..sering menyenak fikiran!

Ooo..ye..Dalam menetapkan impian ke tempat yang ingin saya pergi ..selalunya tidaklah pulak diletakkan tarikh tertentu..jika kena gaya, ada mood, cukup kantung...set ajelah..Tambah2 lagi dengan kemudahan internet, segala maklumat semua berada dihujung jari!

Sendiri punya impian sendiri bikin, bukan ada yang marah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...