10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 27 December 2011

CUTI DAN DUIT HANGUS...

Badan terasa tersangatlah penat...penat gilerrrrr...sengal seluruh otot2 ngalahkan senggugut! Jam 2 am , pagi tadik baru sampai rumah. Selama 2 hari...masa, saya abiskan merendut ke Singapura.

Nasib baik , ari ini saya sambung cuti..(dibaca :Cuti tahunan saya masih lagi berbaki 1 ari 1/2 ). Tahun lepaspun dah terlajak sedekah kat komponi 1 ari...rugiiiiiii...tauuuu!

Hmmm...Sekolahpun tak lama lagi dah nak bukak. Baju sekolah anak2 byk yg belum dibelikan. Tengok cuaca..cam cantik jerk...maka apa lagik...jom redah gi shopping kat kedai Apeksss...carik uniform dan yg sekutu dgnnya....bebaju lani bukan "murah anak"...amik kanan..amik kiri...sampai kaunter...$$$$$$.

Hasilnya... Mama...Kopak...duit dah hangus tak berbaki..cam mana nih????

Thursday, 22 December 2011

SUAMI MAIN KAYU 3???


Sedang dok buat perayauan dari blog ke blog...terbaca satu blog yang agak menarik utk dikongsikan di sini..macam2 cerita dan nasihat tentang hidup dipaparkan kat sini...dan nasihat2 yang diberikan jugek "baguih-baguih!".:Sila klik kat sini : http://pakarhowto.com/


Sebagai contoh , Kisah Seorang pembaca meluahkan perasaannya kepada penulis blog berkenaan tentang sikap suaminya yang suka berpoya2 a.k.a ..bermain kayu 3.

Jawapan dari Penulis Blog sangat menarik ; jom kongsi:

Sesungguhnya ribut itu tidak dapat dipastikan dari mana puncanya dan ke mana arah matlamat, serta paling sulit untuk menentukan bila tamat musimnya. Inilah namanya kemelut cinta yang menyeksa.

Persoalan yang puan kemukakan sebenarnya adalah persoalan biasa yang dilakukan oleh lelaki bernama suami. Mungkin berhasrat menguji harga diri (masih ‘macho’ lagi atau tidak) atau mahu suka-suka sebagai perintang waktu dan sebagai selingan dengan pasangan yang ada, atau dia berasa bebas kerana sudah berada di luar kawasan, lalu berasa tidak ada yang kenal dia di Kuala Lumpur. Jadi dia terasa kebebasan itu miliknya atau sememangnya dia mahu menambah lagi satu secara dirancang, di kota ini atau tidak direncana.

Ini disebabkan saya pernah menangani kisah yang hampir serupa. Pengakuan seorang suami yang secara tiba-tiba dia digoda dan atas alasan mahu membantu atau lain-lain alasan yang difikirkan sesuai bagi mereka akhirnya bernikah secara berahsia. Sehinggalah isteri mendapat bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh suami, maka akhirnya suami mengaku yang dia sudah nikah. Alasan dia berahsia dari isteri ‘tidak mahu melukakan hati isteri pertama’ walaupun itu sememangnya sangat melukakan isteri.

Jadi puan, berhubung dengan kes puan, perkara ini berlaku mungkin atas salah satu alasan tersebut yang kita tak dapat meramalkan kecuali dengan pengakuan suami sendiri nanti. Maka nasihat saya pada puan, pertama jangan mencari-cari bukti lain jika puan mahu terus bersamanya. Kerana jika puan cari bukti, Allah pasti ketemukan kerana Allah Maha Pengasih.

Apa yang membimbangkan, bila terkumpul bukti-bukti itu, puan yang sememangnya mahu mengekalkan hubungan perkahwinan dengan suami dan masih sayang dengan anak-anak akan bertukar menjadi timbul kebencian, kekecewaan dan kesedihan yang boleh mengheret puan ke kancah pergaduhan dan mungkin juga perceraian yang puan cuba elakkan seperti dinyatakan.

Apa yang puan lakukan ialah berhenti mencari bukti dan jalani hidup ini seadanya bersama suami dan dalam keadaan akrab dan santai. Puan lebih mudah membuat suami duduk bercerita perkara sebenarnya. Mohon dia ceritakan secara ikhlas tanpa tekanan dari pihak puan dan puan pula harus menerima ceritanya dalam keadaan yang tenteram dan terbuka.

Setelah mendengar ceritanya puan berilah komen secara ikhlas dan tenang terhadap cerita berkenaan. Nyatakan perasaan puan yang sebenar terhadap sikap suami dengan baik, tenang dan bersahaja.

Elakkan daripada bercakap untuk meluahkan rasa marah, untuk mendapat simpati atau untuk mempertahankan hak atau untuk merayu agar tidak ditinggalkan atau sebagainya yang menggambarkan kita takut kehilangannya atau kita menahan hubungannya dalam bentuk cemburu dan sebagainya.

Sikap ini akan membuat suami bersikap ‘protective’ dan cuba membela diri sendiri dan mengeluarkan alasan bahawa bukan dia yang mencari dan memulakan. Sebaliknya, dia dirayu, diburu dan digoda, ditagih simpatinya, terpaksa dan lain-lain alasan yang munasabah.

Kedua, belajar membangun kekuatan diri dengan berpegang pada peringatan Allah SWT bahawa jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan peta hidup kita ditentukan oleh sebahagian kecil usaha kita, tapi sebahagian besarnya adalah di bawah ketentuan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita ini tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita ini hamba Allah SWT dan oleh kerana itu kita tidak dapat terlepas daripada ujian-Nya.

Maka ini adalah ujian kepada hubungan perkahwinan puan yang selama ini berjalan baik, lalu kurang berterima kasih kepada Allah SWT dan mungkin puan menggantungkan rasa bahagia itu kepada suami terlalu tinggi dan rendah sikap bergantung pada Allah SWT. Maka Allah SWT ‘menegur’ anda sekarang bahawa yang membuat anda bahagia selama ini bukan suami tapi Allah SWT.

Lalu Allah SWT mahu kita dekat balik kepada-Nya dan menggantungkan harapan bahagia seterusnya kepada-Nya juga, bukan manusia. Maka jika ini terjadi bermakna kita sudah lebih mendekat pada Allah SWT dan mohon pertolongan Allah SWT dalam usaha menghadapi ujiannya ini. Jika ini berlaku maka puan tidak panik lagi, kerana Allah SWT sudah di sisi.

Jika hilang suami, Allah SWT sudah di sisi, mana lebih untung dapat cinta suami atau cinta Allah. Mana cinta yang dapat mententeramkan hati dan mana cinta yang melukakan hati. Hasilnya kita akan pasrah untuk terus hidup bahagia bersama atau pun tidak bersama lagi dengan suami kerana Allah.

Jika Allah yang ketemukan kita maka Allah SWT juga boleh pisahkan kita, maka kalau itu mahunya Allah SWT, mana mungkin kita menentangnya. Kalau mahunya Allah SWT, kita bersama mana ada kuasa yang mampu memisahkannya. Oleh itu tingkatkan penyerahan kepada Allah sebagai penentu kehidupan kita. Bukan pilihan mahunya kita semata-mata.

Sebab itu Ibnu Qayyim menyebut “nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan apa yang dia inginkan.” Jika anda inginkan hidup bahagia maka bermohon dan bersandarlah kepada Allah SWT bukan kepada manusia dengan cara selalu memberi maaf dan berlapang dada dengan apa yang ditemui dalam hidup kerana orang yang selalu berlapang dada maka dia telah dijanjikan oleh Allah akan memperoleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Juga suka saya memperingatkan jika anda terus menyerang dan mencari-cari alasan untuk mencari sebab berasa sedih dan menderita, bermakna anda sudah menjatuhkan diri sendiri dalam kesibukan yang sebenarnya. Dari hadis menyatakan kemarahan itu adalah sebuah bara api dari neraka dan di saat itulah syaitan dapat mengalahkan kita kerana kita lalai dengan Allah dan kita sedang marah.

Mudah-mudahan semua perkara ini dapat dikendalikan dengan baik dan hasilnya diserahkan kepada Allah juga.

Monday, 19 December 2011

PASAR KARAT @ AMCORP MALL

Pepagi..subuh sepe'ie saya dah siapkan lunch utk anak-anak ..2 orang tinggal kat umah 2 org ikut..mama nak merendut ke pasar Karat. Cam biasa..kami naik tren..parking keta kat Titiwangsa station.

Tiket hala ke Amcorp Mall dari Titiwangsa berharga RM3.20. Tak de laluan terus...tapi dengar citer by next month depa akan buat laluan terus ke Kelana Jaya..maka sesapa yg dari Sentul Timur tak payah lagik "transit" kat stesen Masjid Jamek!

Worait..Kami tukar tren di stesen Masjid Jamek...leceh ekkk!

Dan..sementara tunggu tren sempat amik gambar Masjid Jamik sat..Banyak kenangan lalu saya dirakamkan saya kat sini..tempat singgah jika merendut ke KL dari Bangi..Masih kelihatan cantik walau warnanya dah makin luntur!

Ting..tong..stesen seterusnya..Taman Jaya..ok..cepat keluar..kita dah nak sampai.. Amcorp Mall cuma sepelaung ajek dari stesen ni..


Kami sampai ke Amcorp Mall dalam jam 11 am. Masih tak ramai orang maka amik kesempatan utk melilau di persekitaran. Musim krismas tapi dia punya hiasan krismas taklah se vogue mana..save bajet gamak nyer..


Pasar Karat atau pasal jualan koleksi barangan lama ni aktif diniagakan di sini seawal pagi. Terletak di tingkat LG, Amcorp Mall. Anak2 dok heran dan sibuk bertanya kenapa semo barangan yang dijual kat sini “buruk-buruk”?


“Walau buruk punya nilai sentimental nak oiiii…barang lama dibuang jangan..buruk pada rupa , masih cantik dipandang mata…biarpun buruk masih berharga! Makin buruk makin jadik lagenda” Keh..keh


Ralit melihat…para peminat "barangan purba" dok hunting. Kepuasan wajah mereka terpancar tatkala mendapat barang yg di carik. Saya sekadar melilau kat sini..

Koleksi cenderahati dari luar negara pun adooooo!

Kami jalan lak ke bahagian piring hitam + majalah lama + briefcase…aduhhh…sape lah yg rajin buat koleksi berabuk niiii…????

Tetiba mie tok bisik.. “Abby, jom kita bukak booth kat sini..Mie Tok nak jual majalah lama…banyak lagik dalam lemari, Mie Tok kat kampong nun!!!” Aduyai….pas tu siap pesan ngan Abby supaya simpan segala macam benda…cam Mie Tok..semua brg sayang nak buang..penuh rumah..ngalahkan show room!!!! Abby lak..aikkk…cam minat jerk…jgn ko amik koleksi loceng mama kamu ni.. lebur kat sini udah le, nak ooiii!


Ho..Ho..Hoo..Horlicks..

Botol entah apa-apa dan..Tin Susu Dumex...retro..pun ada jual..

Selain pinggan mangkuk edisi lama, pinggan branded edisi terhadpun ada dijual kat sini. Ada satu booth..jual koleksi corning ware + pyrex + correle..kejapan aje bersih disapu org…


Terpandang…pinggan2 lama edisi “kangkung” …1 pinggan reganya dalam RM20.00 Tekonya pulak sebijik RM65.00. Tapi macam kata peniaga kat sini..harga bulih runding!

Saya pandang Mie Tok..senyum jerkkkkk…Mungkin dok mencongak berapa harga koleksi pinggan mangkuk lamanya yg masih dok tersimpan kemas kat gobok!!!


Dah pusing..dua tiga round kami ke tingkat 3 pulak..ada..jualan gudang…barangan branded dengan potongan harga sehingga 70%..tapi entah ler..tak bernafsulah pulak nak membeli.

Pas tu kami turun ke tingkat 2..ada kelas “Decoupage” dan “Folk Art” kat sini untuk adults dan kids. Rega ada pelbagai range:

Antaranya: Folk Arts For Beginner, kena bayar tools dan material dalam RM200.00. Kelasnya pulak RM50.00 utk masa 2 1/2 jam.

Kelas painting utk T. Shirt + Eco Bag pun ada: RM35.00 utk masa 1 1/2 jam.

Maklumat lanjut silalah ke : http://www.creativecottageonline.com/



Sempat jenguk ..blek-belek..bebaju yg dijual kat sini..

Pas tu kami singgah sat kat KK Deco yang dok buat jualan hangat sempena hujung tahun…

Hmmm.. diam tak diam dekat 3 jam kami abiskan masa kat sini. Tak beli apa punnnn…Dan…Badan tetiba mohon berehat….udah penat..kata nyer..maka apo lagikkkk..jom balik!



Thursday, 15 December 2011

BAHAGIA...


Minggu lepas saya membawa Sofea, si bungsu mencari kelengkapan pakaian sekolah . Memikirkan Kuala Lumpur yang sering dilanda kesesakan jalanraya saya memilih untuk menaiki LRT. Cepat dan Tepat!

“Yabeda bedu…mama nak bawak kita naik tren!” Jeritnya penuh riang. Dan apa yang pasti kegirangan Sofea mengundang jelingan cemburu si abang…

“Bahagialah…tu!” Usik mereka..
 Bahagia???...


Apakah ukuran bahagia..yang sebenarnya???


Kebahagiaan hidup…relatifnya adalah satu perkara yang subjektif.. Dalam hidup, kita mungkin gagal mencapai kesempurnaan hakiki . Punyai kekayaan melangit tapi hati diratap sepi, jiwa kosong tanpa belaian kebahagiaan. Mungkin juga dikurniakan rahmat kejayaan dan keluarga yang sempurna tapi masih meraba-raba mencari nikmat dan erti kebahagiaan sebenar.

Kebahagiaan dan ketenangan hidup bergantung kepada bagaimana kita mentafsir erti bahagia itu sendiri.


Jadik..apa sebenarnya erti bahagia??


Jika bahagia itu dinilai dari deretan senyum dan derapan hilai tawa..maka redhakah kita melihat bahagia yang diwartakan melalui pekik tawa berlandaskan nafsu syaitan ?


Jika bahagia itu diukur dari sudut kesempurnaan diri, disukat melalui harta yang melangit dan di renung dari ketinggian darjat dalam kehidupan…maka kenapa mereka masih meratap mengatakan diri belum cukup bahagia..dan masih terus menggali bahagia?


Emm..mungkin mereka bahagia tapi tiada ketenangan!!


Jika bahagia itu dilihat dari sudut kehidupan yang dikelilingi “penuh keriuhan” maka kenapa masih ada ungkapan SEPI ITU INDAH?


Jadik…Belum jumpa ..makna bahagia???


Mungkin garapan puisi oleh seorang blogger dalam mentafsir erti BAHAGIA dan diterjemahkan dengan baik sekali buat kita semua ..so istimewa..

 Jom kita kongsi;


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki



Wbp mintak maaf bbyak.. sebab saya tersangatlah alpa untuk mencatatkan di manakah sumber laman blognye…Untuk sang Blogger ..1000..apologise..dari saya kerana meminjam garapan yg cukup indah itu utk dikongsikan di sini!

Tuesday, 13 December 2011

CAWAN KOPITIAM

Selepas beberapa lama menunggu akhirnya yang ditunggu dah tiba….




Tarrrrrrannnngggg…..

Yokk tengok apakah isi di dalam nyer..????



Yee..haaa..Set cawan kopitiam…warna ijau!

Saya membelinya secara online..tak tahulah murah ke mahal ke..tapi rasenya still affordable…RM40.00 per set. Jadik le..buat pengubat rindu di hati…



Saya jatuh cinta kat set kopitiam..ni dah lama..tapi cam biasalah..tak reti nak carik dan tak tau nak beli kat mana..melilau sana sini..dan sesekali kalo ada masa ada gak meninjau ke kedai apek..tapi itulah tak jugek jumpa sehinggalah pd satu hari saya terserempak secara tak sengaja dgn set ni sewaktu enak melayari internet .
Kenapa set kopitiam???



Jom imbas…

Sewaktu kecil..seusai meneman “mok”( panggilan manja untuk arwah nenek sebelah ibu), mencari bekalan halia, putik jagung, tembakau , kacang tanah dan segala macam mak nenek di sekeliling kampong, mok akan menahan sebuah teksi untuk membawa kami dari Pasir Mas ke Kota Bharu…

Ooo..ya Mok ni Tok Peraih…orangnya cantik dengan tahi lalat di dagu..kecil molek orangnya ..tapi “gagah perkasa”.. .kalau setakat nak mengangkat seguni halia..no hal..lah...

Seorang yang tersangatlah rajin berusaha..baginya berbakti pada tanah ibarat menuai emas.Tanah miliknya tak dibiarkan kosong..membazir..dan dengan hasil jerit perihnya tu...dia membesarkan anak2nya yang berjumlah 5 orang.

Wokeh..Sambung citer…


Sampai di Kota Bharu..dengan segala macam barang yang di bawaknye..tup tap..tup..tap sekejapan aje abis..diniagakan. Huaahhh..Kami tengok…segala macam benda2 yang sarat berguni dah bertukar kepada wang ringgit berkepuk...keh...keh…cam magic!


...Sambil gulung-gulung rokok daunnya..bersama tembakau kering..mok akan berehat seketika.. Kami lihat senyum mok.. sampai ke langit 7…Dan… kami  ..Cam biasa terkinja2 menepuk2 asap yang keluar dari hembusan rokok daunnya....

...What’s next???? Cakap omputeh??

Emmm…Mok macam kebanyakan org2 tua dikampung kami..tak pandai baca rumi..tapi..jangan nak putar alam dengannya dalam bab2 mengira..congak-mencongak ....kiri kanan depan belakang..serba boleh.. tererrrrr..beb!

Ok…bila mok dah senyum senang..kamipun senyumlah sama..sebab masa yang paling kami tunggu-tunggu..dah tiba ..masa utk shopping..

Kami ke Pasar Lama Kota Bharu..carik lauk pauk..cari kuih muih..cari macam-macam..




Gambar ehsan Google

...dan selain gula-gula …Cam biasa..barangan kesukaan utk dihadiahkan pada cucunya ialah..beg! Setiap orang dapat satu beg..yang pelik lelakipun dia belikan beg..yang kecik beg kecik lah..yang besar akan dapat saiz besar…

Walau bagaimanapun tika itu bukan jenama yang dijadik nilaian..tapi lebih kepada nilai kasih sayang..sementelah anak kampong macam kami ..manalah nak kenal dengan jenama2..gitu gaye!

“Napa org jate pun dapat beg macam org tino..” Tanya Abe, my brother.

“Tak po lah…bulih buwiii..ko bini mung kalu doh nikoh”…Jawab mok..

Wakiiiiiii…kiiii..dok sempat nikoh..beg doh rabak...masuk muzium..pong lum tentu diterima ..mok weiiii!

Habis bab pasar....kami akan menyinggah pula sat kat kedai emas..top up..duit bagi dapatkan koleksi emas kegemarannya..bukankah emas itu begitu sinonim dengan wanita Kelantan..macam tulah jugak mok!


Selepas dah selesai segala macam tugasannya..kami akan akan di bawa menyinggah..minum kopi ..dan kelikatan serta aroma kopi yang dihidangkan dalam set kopitiam sukar dilupakan hingga kini!


Melihat dan menghirup kopi panas dalam cawan kopitiam sering menggamit kerinduan yang tak terhingga saya buat arwah Mok..


Gambar ni gak ehsan google


Buat Mok..tima kasih kerana mengajar kami tentang erti hidup..dan Al Fatihah buat Mok ..semoga Mok kekal bersemadi bersama-sama orang2 yang beriman dan beramal soleh! Amin.

Sunday, 11 December 2011

KOLEKSI PINGGAN HIASAN



Sesekali layan koleksi pinggan hiasan memangla sesuatu yang mengasyikkan...tambah lagi kalau ia dihiasi corak2 bunga atau yg berbentuk ala-ala country.


Saya ada gak wat sedikit koleksi pinggan gini gaya...emmm..sekadar buat hiasan diruang tamu. Koleksi pinggan hiasan saya lebih tertumpu kepada koleksi pinggan yang dikumpul setiap kali bertandang ke negara orang.Iyalah...Tiap kali menatap koleksi sebegini..pasti kenangan manis sewaktu di rantauan akan berlegar..disanubari ...cukup indah!


Baru2 ini Abe my brother berkesempatan ke London & Scotland...dan macam tahu2 ajerkkkkk...hobi saya yg satu ini...dia dengan senang hati mengadiahkan ole2 pinggan hiasan berlatar belakangkan tempat2 menarik sekitar Scotland...Makasih..yo!



Dan 3 pinggan hiasan ini...pula 'tak mampu utk saya katakan tidak" sewaktu ke Romantika di Wangsa Maju tempohari...bertabah..merabakkan poket demi mendapatkan pinggan yang pada pandangan mata ku...so sweeeeet....



Lani saya..Dok menunggu...koleksi set cawan kopitiam..yang ditempah dari teman yang berniaga kat dunia cyber..ni...aduhai..bercinta betuii la..katanya barang yg ditempah akan sampai dalam tempoh 4-5 hari dari tarikh bayaran dibuat..kira punya kira dah nak masuk 2 minggu...bayang cawanpun tak de nampak...huaaaahhhh...

Saturday, 10 December 2011

ANJUNG69 DAN THE FOLLOWER YANG KE69



Baru pulang dari PJ, ada course  "Business Plan for Disaster Crisis" dari jam 8 pagi sampai jam 12 t.hari ...balik rumah kepala macam pusing satu macam...Sudahnya saya tidur hampir separuh hari...

Menjenguh sat ke blog...tak tahu nak update apa..

Terpandang ke angka follower..ahah...dah sampai angka 69. Nombor kegemaran saya yang bebenarnya!

Bercerita pasal follower...walau blog saya ni tak lah mengumpul follower yang ramai tapi saya tetap ingin berterima kasih...buat semua yang sudi menjenguk..dan berkongsi membaca celoteh saya yang tidak seberapa..!

Tidak mengapa jika tidak banyak pengunjung ..dan saya juga tidak kisah walau yang berkunjung langsung tak meninggalkan jejak....Jika ada yang boleh dimanfaatkan..alhamdulillah ..jika ia cuma bualan tin kosong...maafkan lah saya..Lagipun saya berada di sini cuma ingin berkongsi apa yang di rasa dan menulis sekadar suka2..

Apa2 pun buat adik Ezah..terimakasih dan sebagai  sebagai tetamu bertuah "bertanda69".. auntie ingat nak bagi voucer KFC lah sebagai penghargaan..dun forget to..email auntie!


Members (69)


Adik comel yang bernama Ezzah atau nama manjanya Eika ni baru  berumur 16 tahun..suka membaca novel jugek nampaknya..wahh..kita berkongsi minat yang sama dan jika suka anda boleh berkunjung ke blognya disini  :http://eikasilhoutte.blogspot.com/


Dan buat all The Followers...terima kasih semua...Muuuuaaaaahhh!!!  

Sunday, 4 December 2011

DANISH SYAZWAN ..COMEL SUNGGUH!

Comel sungguh anak sedara saya yang paling bungsu ni...

Sorry le Danish baru lani Che Long berkesempatan utk bukak story pasai Danish...

Danish Syazwan , anak adik saya; Anis dan suaminya Saiful Azman. Diam tak diam ..udah hampir 6 bulan umurnya. Lahir pada 30 June 2011. Cepat-cepat besar Danish..nanti boleh team up dengan abang Aiman & the Gang...kasik gempaq..lawan futsal sama Papa & The Team. tengok sapa hero...Che Long ..tengok bajupun dah pakai "MU...punyo banner!!!!" Alahhhh...tak nak sokong CHELSEA ke...leh team up ngan Che Long!

Danish memang best laaa...Genapkan 3 hero...anak mama & ur papa...Hmmm...macam sifir che long ajekkkk..maknanya...mama & ur papa..kena 'bertabah' utk kerja lebih kuat lagikkkkk... genapkan ke angka 4..untuk dapatkan si heroin..buleh, gitu??

Hmmm.. kedatangan danish menggembirakan kami semo..iye lah..bukankah..kedatangan setiap anak adalah rezeki buat kita ibubapanya..malah...sering diungkapkan anak bagaikan pelengkap sebuah kebahagiaan dalam alam berumah tangga..penyeri hati ibu...permata hati bapa..

  • Melihat...senyum manis Danish tatkala diagah...sungguh mendamaikan perasaan..
  • Melihat kegembiraan Along dan Angah tatkala beraksi bersama Danish...menimbulkan rasa bangga... dihati
  • Melihat kelibat Danish dipangkuan mama dan papanya..sungguh membahagiakan kalbu
Buat Danish...semoga membesar menjadi insan yang terbaekkkk...dan kekal dalam keyakinan iman yang satu! Muaaahhh...

NORHAYATI BERAHIM...KOLEKSI NOVEL



Minggu yang sibuk...

  • SPM...Aiman tinggal nak amik exam utk last kertasnya, Mandarin. Susah hati tengok... sebab berbanding paper yang lain... dia macam wat endah tak endah ajekk kat papernya tuu..
  • Pepagi tadi...jam 8.15 am..dah kuar umah antar..Sofea dan Abby berserta 2 cousinnya ke bengkel  bijak Sifir di Wangsa Maju. Harap2 lepas ni..lebih bijak dalam bab2 sifir
  • Afnan masih bergolek2 kat bilik tido..nak join Aiman dan Mr Hubby ke kenduri kahwin kat Balakong...jam 2 pm 
  • Ptg sikit saya nak ke Danau Kota nak gi tempah baju sekolah si Sofea.
Sementara dok sibuk pepagi ni.. my sister pula dok sibuk merengek..memujuk soh masakkan puding kastad berkuah utk dia...wahhhh...

Ehhh....Sorrylah ye..dok sibuk story pasal "menu hari minggu" la pulak..yg bebenarnya saya nak citer pasal koleksi novel saya nii..haa..

Malam tadi waktu dok menyusun bebuku..terpandang beberapa buah buku yang ditulis oelh Penulis Novel kegemaran saya..siapa lagikk..Yati Berahim laaa..

Saya belek dan susun elok2..sajer jer..ingat nak repeat..baca..

Makanya..Malam tadik..sambil layan nengok bolasepak..Chelsea -V- NewCastle..(huhhh..lega sebab Chelsea menang besar... 3-0)...saya sempat layan novel ini..

HUJANPUN MENARI

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga "ustaz" yang punya dua isteri.Isteri2nya tu: Sorang cikgu sorang ustazah. Pengarang mungkin ingin menukilkan soal hati dan keperibadian diri. Walaupun berstatus "ustazah" terkadang sebagai seorang manusia biasa...diri  tetap terjerumus bila memperkatakan tentang nafsu-nafsi dan sering terlalai dek bujukan hasad dengki.

Jugek diperihalkan tentang... kisah peranan bomoh dalam meruntuhkan institusi rumah tangga..

Bacalah..kalau nak tahu kisah selanjutnya!

Friday, 2 December 2011

KISAH SAYA DAN ANAK-ANAK...




Anak2 baik lelaki ataupun pompuan, dalam bab2 kerja rumah tidaklah saya manjakan sangat. Mereka masih lagi dikehendaki kemaskan bilik , basuh bilik air, mop lantai , melipat kain baju , basuh pinggan mangkuk dan menyapu sampah secara GOTONG ROYONG.

“Mama..kita nak kemas ..macam mana ni?” Tanya mereka.

“Macam HOTEL”, saya jawab ringkas.

“Puyyyyoo!!!” Mereka jerit sambil gelak ramai-ramai.

Makanya setiap org akan buatlah tugasan masing-masing. Sesekali kedengaran juga suara2 gaduh..adik beradik. Sebab musababnya bukan besar manapun..

• Susun gelas tak kena tempat; atau

• Adik buat kerja.. abang dok syok2 sendiri curik tulang takpun dok berlagak jadik TOK MANDUR; atau

• Adik siram air macam BOMBA sampai abang basah lencun…dan macam2 hal.

Ironinya..saya cuma mahu mendidik anak2 bahawa dalam hal ehwal kerja rumah, setiap orang tak kira lelaki atau perempuan punya tanggung jawab . Janganlah dok nak pentingkan diri sendiri.

Harap2 bila mereka sudah DEWASA

• Kalau dok bujang..tahu camana nak nguruskan diri …DAN

• Besok bila dah kahwin..jangan terlalu berat tulang nak membantu isteri…berkira sesangat dalam hal ehwal kerja rumah. Isteri bukan hamba…bukan orang gaji…bukan jugek secretary..Konon… bila dah jadik suami...lagak ...ngalahkan BIG BOSS ..tahu order..jerk..semua mesti beres..hatta nak ngambik segelas air buat minum sendiripun ..malas ya Rabbi!

• Dan bagi yang pompuan pula..biar tahu kerja2 rumah..dan jgn hanya tahu nak shopping memanjang…atau dok berlagak jadik QUEEN CONTROL.

Mudah2an …amalan berat sama dijunjung ringan sama dijinjing akan mekar jadi amalan!

Dah siap ngemas..mereka tanya saya;

“Mama masak apa..ari ni?”
Saya tanya.. “Anak2 mama…nak mama masak apa?”
Mereka jawab…“Masak macam MASTERCHEF…!!!”?..

Tetiba..dari jauh..pecah satu tawa….sungguh la kuattttt dan …bESAAAARRRRR…cam serigala…saya intai....akeh..kehhh…Suara itu...milik Mr Hubby…Tambahnya.. “Haa..aaah..masak …mama oooi..jangan tak masak!” Enter frame..la pulak!

Adooiiiyaaa…masak cam masterchef???..cam lawak antarabangsa aje permintaan depa ni…kih..kih..

Tapi .. satu yang pasti… ini udah SAH.. memang mereka …“SPESIS JADIAN” saya!

Ko tunggu mama ko ni gi berguru dan memburu resepi..TERBAEKKKKK di Asia Tenggara..kat mana….!??

Tak mooooouuu..cakap!!!

Thursday, 1 December 2011

SEMBANG SIKIT...



Kisah yang akan saya lakarkan ini mungkin sering kita dengar. Tidak mengapalah…sekadar ingin berkongsi cerita..Bagi saya mereka ini istimewa . Tag yg mereka gunakan “Rezeki itu ada di mana sahaja …jika ada usaha.”

Begini…

Satu pagi saya didatangi oleh si Tamby dengan berbasikal. Bertanya kalau2 saya ingin menggunakan khidmatnya. Cuci kereta.

Saya memandang sekilas. “Boleh caya ke Mamat ni. Dengan sekadar 2 baldi air + pencuci+sehelai kain buruk. Manakan nak bersih kereta aku!” Makanya saya menolak. Dia senyum..

Besok..dia datang lagi..bertanyakan soalan yang sama. Waduh..gigih sungguh!

..berapa kena bayar ..

Tarak mahaiii…RM50.00..Cuci 3x seminggu

Saya mencongak…12 x sebulan..Mungkin mood saya baik..maka saya bersetuju aje dengan meletakkan 1 syarat, kereta perlu dicuci sebelum jam 6.30am. Dia angguk..berkali-kali macam belatuk.. sambil mengucap..”tima kasih kakak..thank u very-very much.”

“Weii..mana ko dapat air nak buat basuh kereta ni?” Saya tanya.

“Dari paip..” ! Keh..keh…agaknya dia ingat saya fikir airnya tu dicedok dari longkang..

“Ko curikk..air sapa!” sadis nya soalan saya!

“Ayyoo..kakak.. ini air halal punya…”

Air halal????

Maka bermulalah tugasannya..Sebelum subuh..di saat orang lain sedang lena diulik mimpi..Si Tamby sudah memulakan tugasnya…

Dan..udah lebih dari 2 tahun dia mencuci kereta saya. Kalau dia bercuti..maka..dia akan qada’..mencuci kereta saya pada hari2 yang berikutnya..tanpa gagal.

Satu hari saya bertanya.. 3 soalan ...ajekkk

1. Berapa kereta yang dicucinya dalam sebulan…Jawabnya..lebih kurang 15 kereta. Saya congak..15 x RM50.00=RM750......Amboi banyak tu..Ko ada????

2. Kenapa dia buat kerja ni? Jawabnya

Saya buat kerja halal. Opsss…halal lagik!

“..Saya mula cuci dari 5.30 pagi sampai jam 8.00 pagi. Lepas itu saya sambung pergi kerja makan gaji. Duduk KL, gaji kecik..jadi saya mesti usaha lebih sikit. Anak bini kena bagi makan. Kasi anak belajar ..biar pandai..Rumah …kena bayar..bil kena bayar..”

“..Hayyyyooo...kakak! Kucing sayapun..saya kena kasik makan..” Loyar buruk gak Si Tamby ni!

“Sekarang saya masih muda masih kuat Saya kena simpan wang..utk tua. Itu cuci kereta punya duit kasi simpan sama bank. Duit gaji pejabat..saya kasi belanja bulan2!”

Saya congak..RM750.00 x 12 bulan=RM9000.00. Emmm…banyak jugek..kita yang makan gaji nipun belum tentu dapat menabung sebanyak itu!

3. Bila duit banyak..Kaya..Tamby mahu buat apa? Saya tanya lagi.

Saya belajar..tak de pandai..Gajipun kecil..tapi sini Kuala Lumpur..jika kita rajin sikit kita buleh buat duit.

Duit..kalau ada sikit..tak de cukup..kalau ada banyakpun tetap tarak cukup.

Tapi sini….sambil dia menepuk ke dadanya..

Saya menunggu dia meneruskan kata2 nya…

“Hati kita disini…” sambil menepuk2 kan dadanya lagi..

“Hati kita..mesti selalu baik..Sama Tuhan kita mesti syukur. Dia bagi kita akal utk kita pikir…dia bagi kesihatan yang baik utk kita usaha…”Bukan main bersemangat kata-kata si Tamby ni!

Lagik..”Duit tak ada..kita kena usaha cari..dan kita kena selalu bersangka baik sama Tuhan!

Baru hati kita Happy…Hidup miskin hati happy..ok…Hidup kaya tapi hati tarak happy..itu musibah”

Huaaaa...…Saya.....Speechless

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...