10 Q WITH 1000 SMILES

Wednesday, 11 January 2012

BICARA UNTUK DIRI SENDIRI

Tadi dalam perjalanan ke opis , saya bukak radio channel ERA ..penuh iklan, tukar ke HOT FM iklan jugek ..try SURIA..adehhh..tak syiok...lak..sudahnya ke channel KLASIK NASIONAL nak layan lagu2 lama..tapi entah napa pilihan lagu2 pagi ni  tak berkenan kat telinga.

Nak pasang CD pun malas...tutup radio sat. Bosan la pulak. Sudahnya try LITE FM. Ada celoteh yang membuatkan saya terus2an setia sampai selamat ke opis.

Citer pasal ...Pilihan Kerja.

Berbuat sesuatu mengikut kata hati, kemahuan dan kemampuan". Bagus topik ni.Biar sudah byk diperkatakan tapi cara mereka berceloteh membuatkan saya tertanya diri sendiri...sampai bila pulak diri saya akan terperangkap dengan berbuat sesuatu yang saya tidak suka tetapi terpaksa buat dek kengkangan ekonomi dan tuntutan komitmen semasa?? Tiada keberanian untuk keluar dari comfort zone!

Udahnya mengeluh...dan perkataan2 seperti penat, bosan dan boring akan jadik mainan bibir. Hati mahu berlari keluar tapi isyarat minda mengatakan TIDAK. Maka diri terperangkap sendiri tanpa ada keberanian untuk terus berlari. Salah siapa???

Jawapannya saya tahu: Salah diri sendiri kerana tidak punya kekuatan untuk berdiri!

"Mahu ikut kata hati, punya kemahuan tapi TIDAK punya kemampuan!!" Sampai bila ? Entah ...kerana sampai lani saya tiada jawapan untuk itu!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...