JOM KITA KAWAN....

Tuesday, 3 January 2012

PAGAR KAYU DAN LAMPU PAGAR

Lampu kayu ni lum didakap cermin

Bila saya dikelilingi oleh lingkungan rumah yang dihiasi kehijauan +  kayu kayan sebegini seolah2 diri berada dalam suasana resort desa dan diri terbuai  tenang…ralit sungguh.


Bila dah boh cermin jadik lagu nih..macam2 kolor ada kuning, ijau dan merah

Memang agak susah nak jaga kekayu ni  terutamanya dari segi maintenance. Warna kayu mungkin kusam , berhabuk , anai2, bahan mudah terbakar, senang patah susah ganti dan seribu macam masalah yang seangkatan dengannya!

Ukuran standard dari 1 kaki lebar hinbgga 3 kaki lebar. Rega bermula dari RM480++


Saya  minat yang lagu nih!


BTW, Bukan semua orang suka kayu berukiran, tambah lagi yang sarat seribu, bagi yang tak minat no hal, bagi yang minat, jom rayauuuu lagik ...






Boleh dibuat lampu taman merangkap no rumah! Apa...nombor batu nesan?? Tak sayang mulut ko!!!


Ini lak cam rumah burung...merangkap peti pos!


Tengok lampu2 yg dipasang disini termasuk aksesorinya...I like!

Teringat kisah lama..la pulokkk...nak enterframe buleh??? Bercerita tentang..pagar kayu..Nak bukak pekung di dada sekettt...


Pagar kayu tutup segala..penghuninya mesti spesis mysterious!!!

Dulu rumah saya kat kampong dibuat dari kayu. Rumah di cat dengan kombinasi color hijau campur kuning/oren . setiap kali nak raya , saya dan Abe akan ditugaskan utk memberus lantai dengan menggunakan berus logam cam terompah tuuu. Kayu yang berlegam mesti di sental bersih …Kasi putih, kasi  kilat.  

Sesekali ingat cam citer Cinderella ajek..kami ni dibuatnya.Punggah air dari telaga berkali2, bersih, lap, mop…dengan badan yang kurus melidi…maka bertekun lah kami wat kerja2 tu semua. Itu sebelum zaman era tikar getah…lah ..kan Bila dah ada tikar getah kami merdeka dari kerja2 membersihkan papan lantai...


Orait..Pagar rumah Mie Tok dulu pula dibuat dari kayu.


Saya pulak spesis yang suka main masak2…abis dedaun bunga yang ditanam mie tok saya petik sesedap rasa konon nak masak jadik sayur dan tanah (konon gandum) dicampur air utk buat uli biskut pelbagai bentuk. itulah "tulah"..sampai lani masak tak terror-terror!

Jika nak main pondok2  mesti ada api + kayu api. Nak buat kerja kenduri kawin puteri dan putera raja gituu...

Nak carik kayu.. agak2 susah jerk…saya pegi patahkan pagar kayu my mom. Nakal ya Rabbi..sudahnya pagar kayu rongak cam gigi susu bebudak umur 6 tahun. Bila my mom tanya siapa punya kerja ..saya diam menikus!

Mie , abah sorryyy..ekkk!






Lani pagar kat rumah saya dibuat dari kombinasi kayu dan besi tempawan, diselit dengan bunga2 Ros. Saya tengok banyak gak kuntum bunga dan dedaunnya yang dah terlerai dan besipun dah bengkang bengkok!!! 

Huu..huuu…anak2 saya wat main bola sepak. Sepak bola tak hengat dunia….sampai melibas ke pagar rumah.Puas dimarah…memang tak makan saman..Bila teringat kisah yang saya buat once upon a time..teringatlah pulak ….sesungguhnya dunia sering berputar…adakah ini dinamakan hukum karma???

Ok..lah..sekian ajerkkk..nostalgia saya bersama pagar dan lampu kayu...Jumpo lagik!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...