10 Q WITH 1000 SMILES

Sunday, 15 January 2012

SEMAKIN TUA SEMAKIN SENSITIF

"Si Tampan' mengadu hal... perihal orang tuanya;

Dah tua dan hampir nyanyuk. Sakit tapi degil. Sensitif ngalahkan anak kecil. Anak2 yang menjaga hampir berputus asa...sedang berkira2 mahu let go ke Pusat Jagaan Orang Tua-Tua!

Datang bertanyakan pendapat saya. Saya memandang dirinya..dari atas sampai ke bawah. Mencari2 di mana ...kekurangan diri si Tampan yang berani mati menanyakan soalan sedemikian rupa...

1. Ada otak TAPI pendek akal

Lupa agaknya tentang kasih ibu membawa syurga. Lupa agaknya tatkala diri belum pandai bertatih, si tua itulah yang memimpin tangan agar tidak rebah. Menyusukan "darah + keringat" ke mulut munggilnya agar dia terus bernafas. Si Tua itulah yang tidak pernah jemu mendodoi dan berterusan berdoa dalam sedar mahupun di dalam mimpinya  agar si anak sentiasa berjaya dan berada dalam rahmat Allah.

2. Ada hati TAPI tandus jiwa

Lupa agaknya bila kemewahan dan kesenangan membalut diri, hati di buai nafsu. Akal tidak mampu lagi berfikir bahawa dirinya juga akan tua suatu masa nanti. Lupa ..tentang bumi ini berputar...lupa tentang hukum karma..dan..Lupa agaknya untuk menimbang apa itu dosa dan pahala.

Sudah sempitkah rasa kasih sayang sehingga terlupa menilai betapa si Tua itulah insan pertama yang menitiskan airmata tatkala melihat anak dihimpit bencana..malah dengan penuh ikhlas mengangkat doa memohon diri menjadi  menjadi galang ganti agar beban sianak dapat diburaikan.

3. Ada kudrat Tapi kemut ehsan

Kudrat yang Allah berikan...tidak mampu utk menjaga kebajikan seorang ibu yang melahirkannya ke dunia. Tiada kesabaran dalam menangani kerenah seorang tua. Tiada ehsan...

Buat si Tampan; Alangkah hina maruah seorang ibu di mata anda...  anak yang BUTA dan gagal menilai..Kasih ibu sepanjang zaman.  Ibu hanya seorang tiada dua tiada tiga.   Kasih ibu membawa syurga!!



2 Comments:

Ayla Johan said...

Assalamualaikum,

Saya terjumpa blog kak when I googled "Saya dan Anak".
Your recent post should be read by those children yang rasa lelah nak jaga parents dia.

I have a mom yang not that old but dia sangat manja. Time saya dah besar ni baru sedar betapa fragilenya hati dia dan mudah terasa. At first saya rasa macam susah nak cope but bila sabar and tahan, alhamdulillah I am capable to listen and withstand to all her complaints =)
Syukur sangat.

Thank you for sharing.
JazakAllah Khair.

Zie Noorzail said...

Waalaikumussalam Ayla

betul tuu... Bukan mudah untuk menjaga hati org tua terutama parents kita. byk bersabar....dan mesti selalu ikhlaskan hati baru rasa ...seronoknya berkhidmat utk parents kita ni...kerana mereka..kita berada di sini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...