Hmmm…nampaknya tahun ni saya tutupkan tirai “jalan-jalan” bagi calendar 2011 dengan gi merendut ke Singapura। Tak lama manapun. Ia cuma untuk tempoh 2 hari 1 malam. Kami ke sana pada 25 Dec 2011 tapi ...baru lani dapat up date..entah nape..susah narrr..nak download and upload gegambar ni...sampai terkadang mood pun separuh hilang...
Bertolak darri rumah sebelum subuh. Booked dan mintak tolong my second bro (Mat) utk bawak kami ke LCCT. Dan sebelum sampai kami singgah ke Mc D dulu utk pekena breakfast dan berenti utk solat subuh.

Freda, Anis and my self
Kami pergi seramai 4 orang, 3 beradik bersama 1 sister in law. Grup adeq beradeq..gitew!

My youngest brother Dice, merangkap jurufoto dan juru angkat mengangkat.
Memandangkan kami poi sempoi..maka Bincang punya bincang, sudahnya saya cadangkan kami ke sana ala style backpacker. Semo setuju-Set.
Memandangkan kami poi sempoi..maka Bincang punya bincang, sudahnya saya cadangkan kami ke sana ala style backpacker. Semo setuju-Set.

Sampai ke LCCT diawal subuh sepe’ie . Tiket AA dah ada. Web Check in dah buat. Luggage tak de. Maka here we go....
Orang sibuk naik kapal torbang..kami masih dok sibukszz..posing..sabo ajelah..
Tapi itulah...Lum sempat nak tengok awan…lum sempat panas buntut..udahpun sampai ke Changi Airport! Proses Imigresen yang sungguh menyenangkan. Seperti Malaysia, Pak Kastam mereka murah senyum…depa tak le berlagak poyo macam baguihhhh...

Dok tunggu depa semua ni poi toilet la..betul kan tali kasut la..saya tak lepaskan peluang..round terus..sambil nyinggah kat macam-macam booth kat sini..saje jerk..bukan nak beli...ponnng! Duit kami dah siap2 tukar kat KL $1.00 bersamaan dengan RM2.48-RM2.49. Kami anggap aje tukarannya sebagai $1.00 =RM2.50, utk memudahkan kiraan.
Nak..Bercerita lak pasal tempat tido. Camana kami dapat tempat bajet ciput ni..
Bukak internet, mintak tolong sama Uncle Google utk search. Kami booked dan bermalam kat sini utk 1 malam.
(HOSTEL THE MITRAA: 427 Race Course Road, Singapore, 218673 Singapore)
Hostel 3 tingkat. Menyediakan kemudahan seperti berikut:
Bilik kongsi,berempat, dorm. Katil double decker. Kemudahan simpan beg Cuma dalam bentuk laci panjang yang diletakkan bawah katil.
- Setiap orang dapat 1 kunci.
- Kemudahan WIFI percuma, Selimut.Tilam tebal (hmmm…agak comfortable). Tuala, takde.
- TV, kongsi ramai2 tengok kat lobby.
- Kemudahan computer dan iron pun ada di ground floor.
- Kongsi Bilik Air (Toiletries bawak sendiri-Kalo tertinggal dun worry kat hostel ni pun ada di jual)
Breakfast :
Menu
Pilihan tea/coffee.
Roti toast
Buah- Apple
Telur rebus
(Lepas makan: sila basuh mug dan susun balik..jangan nak malas..ok!)
Kami amik bilik berempat: ratenya:$112 utk 4 orang (RM70.00 per pax)
Komen kami:
Susun atur dan hiasan :. Tangganya taklah curam sangat. Kalau bawak beg besar pastikan uoals buat special request utk dok kat tingkat bawah. Kalau rase seronok nak buat aktiviti membakar kalori, mintak lah dok kat tingkat 3..keh..keh..
Bilik: Sempit. Kalau poi sorang2..dan nak share dengan stranger…kalau tak biasa akan ada sedikit rase ngeri. Dan kalau badan masing2 tembam potongan lori angkut simen…dalam bilik sempit gini gaye ..alamat boleh “tercedera” akibat berlanggar bontot..dan ditakdirkan pulak anda dok kat katil double decker paling atas..malas akak nak stori. Korang imagine le sendiri..keriuuuuuutttt…!!
Kebersihan: Ok. Bilik tidur bersih, Dapur bersih. Bilik air bersih.Aircond tiptop. Suasana terkawal Tak bising macam kat pasar Chow Kit. Maka- No complaint.
Layanan kaunter: Cantikkk!
Lokasi : MRT terdekat adalah Station Farrer Park . Jalan kaki langkah omputeh 5-10 minit dari hostel. Kalau ukur langkah lenggang Mak Limah paling cepat 10-15 minit.
Nak ke Mustaffa Centre (penting buat kaki shopping) – ikut jalan short cut dengan lenggang Mak Limah dalam 10-15 minit.
Turun dr airport- beli Singapore Pass for 2 days: $36 (cover public transport). $10.00 is refundable kalo kita serahkan balik kad tiket tu dalam keadaan baik. Barang diingat yoooo…Singapore Pass ni cuma dijual di MRT yang terpilih aje. Kalau naik AA, dari terminal 1, sila tuju ke Terminal 2 utk beli Singapore Pass ni. Dan… Jika anda lama kat sini maka boleh jugek beli easylink, kad yang boleh reload (bayar apa yang anda pakai shj) . Kad perjalanan ala2 Touch & Go kalau kat Malaysia.
Sebelum nak redah berjalan adalah lebih baik poi letak brg kat Hostel dulu. Tak nak peningkan kepala, kami amik teksi kat Changi Airport, Terminal 1. Tambang taxi ikut meter ke hostel kosnya dalam $14. Tapi entah kenapa apekssss taxi tu tetiba tekan button kat meternya tu..dan charge kami extra $1.00 per pax. Jadik kami kena bayar $18.00 @ RM44.30 (dalam RM11.00 per pax).
Cara ke Hostel- Amik BT shuttle bus ke Terminal 2. Tuju ke Tanah Mehrah Station (StationEW4, 2nd station from the airport). Amik City bound tren (Boon Lay). Tuju ke Outram Park station (EW16) dan tukar ke North East line utk naik MRT ke Farrer Park (NE8) atau Boon Keng (NE9). The Maatra adalah walking distance fr these 2 stations.
Jika turun kat Farrer Park : amik exit B, Jln terus ke Race Course Road dlm 5 minit ke arah Balestier Road. The Mitraa dok sebelah kiri jalan.
Jika turun kat Boon Keng : Amik exit A ke Towner Road, jalan tuju ke Serangoon Road dan belok kanan tuju ke Balestier road. Amik selekoh kiri yg pertama utk ke Race Course Road. The Mitraa adalah dok kat kanan jalan.
Wokeh...Dah letak semo bebarang ..kami dah nak start merendut..tabah dan gigih berjalan!
Wokeh...Dah letak semo bebarang ..kami dah nak start merendut..tabah dan gigih berjalan!
Kebanyakan bangunan lama kat Singapore perasan saya kaler laguih ni...
Kat hostel kami tu pulak..tokong dan kuil dok berjiran sebelah menyebelah..harmoni gitu!
Patung2 gini gaye banyak le pulak dok bertrebur di atas bumbung...kuil tu!..Separuh manusia separuh binatang!
Tokong lagik...
Pagarnya pulak dilatari..."frame bergambar" gini gaye..
Ok..la..nak kena stopp sat..tak larat la pulak..nak sambung entry ni..hmm...napa..lah..susah sangat nak up load gegambar ni semo..apa masalahnya gue pun tak tahu..sampai semangat nak berblogpun buleh hangus dibuatnye....







2 Comments:
Bila la agaknya nak sampai Singapore erk? Sabah Sarawak Pown blom pergi lagi nieh....hehehe....
Salam Henrietta Jose
Insya allah..semo tempat tu pasti dapat dijejak nanti. Akak ni pong lum sampai lagik kat Sabah & sarawak..
Post a Comment