10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 7 February 2012

JALAN-JALAN KE SINGAPURA

Kami cuma punya masa 2 hari 1 malam aje untuk merendut ke Singapura. Banyak tempat yang kami nak pergi ni...Yang pasti jadual kami tentunya...tersangatlah padat. Harap2 ...kaki dan badan dapat bertahan..keh..keh...



See the word..Tanah Merah..wah...kampung ku di Kelantan rupanya ada adik kembar kat Lion City ni rupa2nya..

Seperti yang saya nyatakan pada entry kami yang lepas . Kami berjalan mengikut rasa hati. Berenti bila penat, makan kalo lapar. No urgency....santai dan bersahaja. Semuanya menggunakan kemudahan tren yang sangat efisen...




Kalo kat Kolumpu ...haram tak akan bergambar punyalah dalam tren gini gaye..tapi entah lah ye..bila kat tempat org...perlu lah pulak bergambar ...hmmm..nak endorsed lah trenmu itu pernah ku naiki..gitew!



Pening tak nak guna MRT/LRT?

Kalau kita biasa guna LRT kat KL, ni maka tak lah susah sangat nak guna MRT/LRT kat Singapore. Cuma pastikan peta laluan MRT tu sentiasa ada ditangan kerana kat sini depa ada 4 lane yang dibezakan dengan warna. Gerenti tak do sesat punyalah. Cuma kalau korang yang jenis lemah kepala lutut dan sering dilanda penyakit “otak sengal” ……sendiri mahu ingatlah..sebab kat mana2 ponnn…kalau kita menggunakan kenderaan awam sebagai “kenderaan rasmi”, stamina dan minda mesti stabil..beb!

Jadik …ke mana hala kami dalam tempoh dua ari kat Singapore ni. Anak tak bawak, masa terhad maka tak adolah kami merayau ke tempat2 glam cam Marina Bay, Universal Studio, Sentosa Island ataupun ke Zoo Malam. Kami nak jelajah tempat biasa2 yang tak perlukan entrance fee+membuat sedikit shopping mopping barangan cenderamata+cuci mata, nak survey , nak ngumpat dan nak komen sana sini!
Yok..ikut kami! Sebelum tu …beli mineral water dulu…saja buat penghilang dahaga. Arga utk botol besar dalam $2.00 @RM5.00 kalau convert ke Ringgit.

Soooooo…. Moral of the story..Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ..negeri sendiri lagik baekkk!!! I luv my country , MALAYSIA!!!




Kami memulakan perjalanan ke arah Bugis Street.



Dari Bugis Street MRT station kita akan jumpo satu shopping complex @ BUGIS JUNCTION MALL. Dibina di tempat  asal kawasan membeli belah once upon a time.



Hari ni cuti krismas ....harap2 masih ada org yang berniaga...kalau tak kami akan sekadar menatap pintu kedai...la nampak gayanya.


Siap ada jangkasuhu nak ukur...suhu


Ini dipersekitaran booth yang didirikan sepanjang Bugis Mall ni. Kami cuma melilau seketika jer...kat sini.



Hmmm...hiasan Krismasnya memang happening. Kalau datang waktu malam mesti cun..dengan lampu yang bergemerlapan!


Satu perkara kat sini, hiasan Krismasnya ada dimana2 tak kira tempat. Saya masih membayangkan kalau kami datang waktu malam pasti meriah …lip lappp-lip lappp dengan lampu yang pelbagai warna!



Rusa polka dot!



Ada kincir angin...Go Gaga!



Tak kira di mana...anak2 ini riang berbasah2an...biarpun cuma kat pancuran ..ini gaye..Mak bapak pun cam selamber jerk..agakknya Pak Guard pun  tak kose nak larang..takut habis kuyup..di simbah air kat bebudak ni haaaa...




Kami tak berenti lama di Bugis Junction kerana tumpuan kami yang sebenar adalah nak ke Bugis Street. Kononnya “pasar tradisional bugis”, apa yg tradisionalnya saya pun tak paham sb kebanyakan brgan yg dijual kat sini cam moden2 ajerk!


Terdapat  ratusan “street stalls”  di sepanjang jalan kat sini. Barang jualan?? Kebanyakannya adalah berbentuk pakaian, aksesori wanita, T.Shirt, jam tangan murah, barangan cenderamata, gerai buah2an pun ada , snek dan minuman.

Kalu uoals nak beli cenderamata..disarankan anda beli ajelah kat sini..murah berbanding kat tempat lain …saya beli kat satu kedai apeksss…diskaun tak de tapi kalau beli byk boleh mintak extra cenderamata! Jadik le dr tak dpt apa2!





Dengar citer makin menghala ke malam makin happening, tambah lagi kalau ada pasar malam.



Jam-jam gantung gini banyak dijual kat sini...




Dun worry..ada jaminan setahun wooo!



Masa  kami datang...suasana masih terkawal..tapi menjelang ke tengahari..sesaknya ya ampun...Mungkin mereka seperti kami..curious nak tahu..apa yang specialnya tempat ni..atau mungkin gak nak mencarik ole-ole..murah!


Bila dibandingkan harga barangan cenderamata...kat sini lagi baguih..banyak pilihan dan agak murah...kat Mustaffa Center...??? Rasenya tak dak pilihan gini gaye!



Minat fesyen? Kat sini nak carik jenama vogue..tak nampak lah..tapi kalau T.Shirt dan lain2 tu..ada. Kami jugek menuju ke aras atas...tapi banyak kedai yang masih ditutup. Mood..cuti!



Selipar dan sandal yang gini gayepun banyak diniagakan kat sini!



Ok..dah melilau ke sana  sini..yok jengah...beli jangan tak beli!



Kebanyakan pekedai di sini berbangsa Cina...dan mereka ni peramah!

Dan ada gak gerai2 buah-buahan tempatan..



Pertama kali saya sampai ke Singapura adalah pada tahun 2009 bersama famili. Tak berkesempatan utk round ke bandarnya ni kerana masa kami banyak dihabiskan di Sentosa Island. Jadik kali ni saya mahu amik kesempatan sepenuhnya utk jenguk2 ...ke persekitaran..bumi yg once upon a time adalah keluarga Tanah Melayu.

Dari Bugis Street kami akan menuju ke Arab Street. Berjalan kaki aje. Kira2 dalam 500 meter. Ada satu keluarga bersama anak2 dari Seremban mengekor kami..mereka jugek nak kesana. Kami ni bukan tahu sangatpun arah nak ke Arab Street ni...tapi naluri mengatakan jalan yang kami pilih tu..betul dan akan membawa kami ke situ!

Dan ..betuiiii..kami dah sampai ke Arab Street ni..perkara pertama yan kami lakukan ialah carik kedai makan yang bernama Singapore Zam-Zam. Bukan nak carik air zam-zam tapi nak pi pekena nasik beriani yan dikatakan terbest kat sini.





Terletak di bangunan lama zaman kolonial. Jika tak kena waktu..kena menunggu lama utk mendapat tempat makan. memandangkan jampun dah menunjukkan ke angka hampir 3 petang..maka tak lah lama sangat kami menunggu.



Order...order! Tengok my sister..nampak dah macam nak pancit...penat lah tuuuu!



Saya memilih beriani ayam , segelas teh tarik dan air mineral. Rega dalam $8.00. Bila dah makan kenalah komen, betui tak...


Ini kuah yang kami dapat...baik sikit aje dari kuah dal kedai roti canai mamak kat KL. Fokuskan pandangan kat mangkuk yang sumbing tuuu.. adoi..saya memang "agak pantang" makan dalam bekas yang dihidangkan dalam keadaan sumbing cam gini gaye...org Kelantan menyebutnya sebagai "majal"! Dengan kata yang tepat..tidak menghormati tetamu lebih2...lagi yang "berbayar"!

Kami cuba meminta agar ditukarkan ke bekas yang lebih elok, tapi menurut mereka semua pinggan mangkuk mereka gitu gaye...sebab kedai mereka ni laku sangat dan menyalahkan pekerja mereka yang...dek terlalu mengejar masa..tidak berhati2 bila melakukan kerja2 pembersihan! ...

Bila kami komplen air yang dibuat agak manis...dan memohon ditambahkan sedikit  air..arahan kepada pekerja dibuat sambil meninggikan suara agar mereka membuat air elok2...

Dalam hati ..saya menggerutu...melihat cara kendalian restoren yang dikatakan menyajikan salah satu masakan beriani terbaek di Singapura. Betul ke sedap + terbaek???

Beriani yang saya makan tak tertelan habis, mungkin sebab hati jengkel, penat atau memang nasinya tak kena taste saya? Jawapannya ialah...nasi yang saya makan tu tak sedap ..and not my taste. So mintak maap lah yer..lain orang lain cita rase..Jika diminta taruhan bintang dari 5 bintang, saya cuma ingin memberikan 2 bintang!




So..ke mana kami selepas ini???



Sambung lagi...nanti!



2 Comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Wah....kt sna pown ader tnh merah erk akk...nak beriani sedap, meh cni, kt penang nieh...sedap taw akk....selalu org kl trun penang, rietta bawak ke situ....

Psss....rietta xbrp shat, btuk smpai berdarah....btuk lak kdg kdg smpai 6 bln....demam 3 bln....siang ok, mlm truk...

Zie Noorzail said...

salam Rietta

Kak Zie ingat beriani kat tempat kita ni lagik marvellozzz dari segi rasa + kualitinya..aikk... kat Penang pun ada Beriani " terbaek" norrrr...apa ke nama tempatnya tu? Share sikit...nanti kak Zie buleh tumpang jenguk!

Rietta...teruk gak batuknya tu..tambah lagik bila di selang seli dgn demam. Apa kata doktor, if u don't mind...

BTW, kak Zie doakan Rietta cepat sembuh...banyakkan bersabar dan alwiz be strong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...