10 Q WITH 1000 SMILES

Saturday, 18 February 2012

JALAN-JALAN KE SINGAPURA


Hari ke 2 kai di Singapura..Pagi ,kami bermula dengan breakfast kat hostel. Packed semo barang2 yang nak wat balik KL dan mohon simpan luggage kat store room depa. Wokeh.. mulakan jalan dengan bismillah...




Singapore tourist card memang berbaloi utk dibeli bagi sesiapa yang nak guna public transport sebagai kenderaan utama.

Destinasi kami pada hari ni:



  • Menapak mencari Merlion

  • Shopping seketttt

Hari ni 26hb December, boxing day katanya. Di sebelah negara barat sana kalo boxing day ni kebanyakan barangan akan dijual semurah mungkin..dengan diskaun yang hebat. Kat Singapore ada ke....




Jambatan lama air keruh..tapi bersih...

My sist Anis..lum pernah sampai ke Singapore ..maka katanya teringinlah sesangat bergambar dengan berlatar belakangkan Si Merlion mercu tanda yang sinonim ngan Singapore ni..badannya tu..si ikan separuh ikan separuh singa. Layan aje lah..kehendaknya tu..




Kami naik MRT dan berenti di Stesen Raffles. Menapak..menyusuri sungai...ramai gak para pelancung yang seperti kami nak menapak ke destinasi yang sama..misi mencari Merlion!


Dari kejauhan akan kelihatan bangunan pencakar langit menghiasi setiap ceruk tanah di sini.



Dari kejauhan kelihatan The Esplanade. Orang Tamil memanggilnya sebagai "January thidal" atau "January Place" kerana di kawasan ini dahulunya sering diadakan aturcara sukan setiap kali sambutan tahun baru tiba. Orang Cina pula menggelarkannya sebagai "tua kok cheng chau po or" atau dalam bahasa Inggerisnya "the grass field in front of the great court", yang merujuk kepada Padang berhadapan dengan Supreme Court.


Kalau suka boleh gak menyusuri sungai ini dengan menaiki "tongkang" ni...


Dan ...ternampak sekumpulan burung merpati..yang ralit mengutip rezeki di tepi tambatan sungai ni...




Ok..kami nak menyusur terus sampai ke hujung sungai..nak tengok apa ke specialnya jaambatan lama ni..



Keindahan flora masih kekal..


Sikit lagik nak sampai...

Tu dia...bercat putih..diperbuat dari besi!



Lompat...jangan tak lompat..Aikk.. si Anis tak aci..angkat tumit jerkkk..




Lupa nak stori pasal jambatan ni..ok..mari kita jengokkk..



Nama jambatan ni ?? Inilah dia Cavenagh Bridge dibina sejak dari zaman penjajah. Nama sebenarnya adalah Edinburgh Bridge tapi ditukar nama kepada Cavenagh sempena nama gabenor India yang terakhir yang dilantik sebagai Gavernor of Straits Settlement.



See the notice on the board...jambatan ini diharamkan bagi laluan menggunakan pengangkutan segala jenis kenderaan yang diterajui oleh mana2 binatang dari spesis kudo atau lombu!



Jambatan ini panjangnya adalah kira2 60.96 m ..menjadi laluan utama bagi menghubungkan kawasan yang dipisahkan oleh sungai ni...bila dah lama narrr..trafic pun makin banyak..jambatan ini telah digantikan dengan satu jambatan baru yang terletak berhampiran..jambatan baru tersebut dikenali sebagai "Jambatan Anderson" .



Kat seberang jambatan Cavenagh menempatkan balai pamiran...banyak arca2 gajah diselilingnya. Kami tak masuk pun.




Dan ada satu mercu tanda...yang kami kurang pasti apa ke namanya ni...



Dan..ini merupakan Jambatan Anderson yang saya maksudkan sebagai menggantikan jambatan caneagh yang sudah tak mampu lagi menanggung laluan trafik yang semakin kencang..




Jambatan Anderson....yang lebih besar dan modern




Tetiba ternampak..himpunan batu2 yang disusun sebegini rupa...terdetik dalam hati..batu nesan ke apa kat tengah bandar ni...perghhh....uoals..baca le sendiri..batu ni dibuat utk peringatan sapa!!!




Ko ado????


Wokeh..lah nanti kita sambung story lagikkkk!



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...