10 Q WITH 1000 SMILES

Wednesday, 29 February 2012

LEAP YEAR....29/2/12! TAHUN UNTUK MELAMAR KEKASIH?

Yuppppp...tahun ini tahun lompat. Special..For those yang lahir atau kawin pada tarikh ni..maka bertabahlah hati menunggu lagi empat tahun utk sambut besday mahupun anniversary kalian noooo...


Teringat citer omputeh yang saya tengok bberapa ari yang lepas kalau tak silap tajuknya "Leap
Year". Kisah sorang pompuan yang bekerja sebagai juruhias rumah dok bercinta dgn pakar kardiologi. Cehhhh..Empat tahun bercinta ..kosong..dan tersangatlah mengharapkan boyfrennya tu melamar.

Mengikut citer ayahnya dalam satu  masyarakat di Ireland, pompuan dibenarkan untuk melamar sang kekasih pujaan hati pada tahun lompat. Kononnya pada Tahun lompat (29hb Feb) tak de istilah perigi carik timba..gituu..Ye ker...Saya tak tahu samada ini mitos atau memang ada peruntukan sedemikian.

Apa2 hal kita layan lagik citer niii..

Maka pompuan tu pun sibuklah nak poi ke Dublin, tempat Sang kekasihnya tu dok poi seminar. Pelbagai rintangan yang dihadapinya agar sempat samalah pada 29 Feb.

Dalam perjalanannya yang tak sampai 5 ari tu, dia telah mendapatkan pertolongan seorang lelaki Irish yang berhati batu "seketui"  utk dia sampai ke Dublin dalam masa yang dijadualkan.

Kesungguhan dan keinginan pompuan tu utk melamar kekasihnya dipandang sinis oleh lelaki Irish tersebut. Maka bermulalah episod kembara mereka...penuh suka dan duka....sehinggalah ..berlakunya cinta express..Lelaki Irish seolah telah mulai jatuh cinta dgn pompuan tuuu!Pompuan tu maintain..hatinya cuma utk sang kekasih.

Akhirnya ...Pompuan tu sampai pada masa yang ditetapkan dan dia sungguh bertuah kerana Sang kekasih telahpun bersedia melamar tanpa dia yang mulakan the proposal.

Dalam kegembiraan dan meraikan berita tersebut bersama kenalan di apartment yang mereka beli..Sang kekasih menceritakan tentang sebab sebenar dia melamar....Alasan yang diberikan ialah ikatan itu hanya dibuat kerana tuntutan kerja!"

Menyedari ...bahawa lamaran yang diterima tanpa disusuli dengan keikhlasan Sang pompuan putuskan hubungan dan berjumpa semula lelaki Irish ...dan betul tekaan anda ...mereka kawin!!

Cerita ini memberikan saya beberapa konklusi:

1. Cinta perlukan keikhlasan. Jika benar satu hubungan itu berlandaskan cinta usah terlalu menunggu lama utk melamar atau membuat 1000 alasan utk tidak melamar.

2. Ladiesss...Jangan membuang masa terlalu lama untuk satu hubungan yang tiada penghujungnya. Hati sakit, umur makin meningkat dan jiwa tak tenteram. Buat satu keputusan yang tepat. Beranikan diri utk buat keputusan! Mulakan hidup baru, jika rase hubungan itu tak kemana..kuburkan aje hubungan tersebut dalam lipatan sejarah. sukar? Bagi saya...

3. Kalau udah suka sama suka...Seorang lelaki yang gentleman tidak akan tegar membiarkan pasangannya menunggu bertahun tanpa ikatan yang sah.....kecuali niatnya hanya sekadar nak suka-suka aje..test market dan macam2 alasan romeo yang seangkatan dengannya.

Cukuplah tiga konklusi ajerrrr...

2 Comments:

HeNRieTTa JoSe said...

wah sweetnye akak....ekekeke....

Zie Noorzail said...

Sweeeetttt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...