Manakala ...Arab Street yang jugek berjiran dengan Kg Glam ni adalah pusat masyarakat Muslim di mana kat sini dahulu merupakan tempat penjualan utama kitab suci Al’Quran, sejadah dan tekstil tapi kini ia lebih menjadi tumpuan kepada penggemar tekstil.
Kami ke sini hari Ahad, kebanyakan kedai tutup. Tapi tak pe lah sebab tak bercadangpun nak beli kain ela.
Maka ...stori kami cuma berkisar dipersekitaran masjid ini ajelah.
Tatkala bangunan kita menunggu saat utk rebah atau dihuni “sang hantu penanggal” atau cubaan meruntuhkan bangunan lama utk digantikan dengan bangunan baru yang moden, mereka seboleh mungkin masih cuba utk mengekalkan bangunan zaman penjajah ni . Di solek dengan pelbagai cat. Tapi itulah..kalau dah nama bangunan lama nan usang akan tetap kelihatan “kerepot”nya di sana sini walau dah di cucuk botox!!!
Walaubagaimanapun, perlu diingat...credit perlu diberikan kerana mereka masih sudi mengekalkan bangunan bersejarah dan tidak dilupakan di celah arus pemodenan!
Sepi tanpa pengunjung...
Saya lebih tertarik dengan suasana membeli belah di Aked, Jalan Tuanku Abd Rahman; di Tangkak, Johor atau Nilai, Negeri 9 berbanding sini..
Booth ..yang punyai sentuhan dan kelibat seni Arab..
Kami cuma melhat tanpa membuat sebarang belian. Di sini kebanyakan peniaga adalah muslim.
Kedai buku pun ada..
Balai Seni Melayu..Saya tidak pasti selama mana bisnes mereka boleh bertahan di sini!
Lagu Rumah Kita -ND Lala
Saya mengambil kesempatan untuk berehat ..melepaskan penat buat seketika. Terfikir sejenak, adakah anak cucu bangsa Melayu saya akan jadik begini suatu masa nanti, sekadar menjadi picisan sejarah buat pamiran dalam arus pemodenan?
Tetiba teringat bait2 lagu nyanyian ND Lala...
Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...
Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...
Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...
Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...
Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...
Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata!


2 Comments:
wah best nyer...jles :p
Salam Suzie
Makasih..sudi menjenguk! Jalan2 nengok tempat org ni mmg best...!
Post a Comment