JOM KITA KAWAN....

Thursday, 9 August 2012

KAD RAYA


 Kad raya yang akaq terima saban tahun makin lama makin susut! Tahun ni akaq cuma terima sekeping ajerk…keh…keh…itupun dari pengirim yang sama …yg sejak zaman mudo hingga lani tak pernah miss …antar kad raya, walau akaq sendiri seringlah aje tak “sempat” nak membalas nyer…alasan yang akaq selalu gunakan ni  boleh dipakai tak… “susah dapat stock@ tak do stock”!...keh…keh..

BTW,  Thanx Azie..for ur nice card! 


Teringat zaman2 persekolahan peringkat rendah dulu kala, kad raya merupakan sesuatu yang amat ditunggu2 setiap kali tiba bulan puasa. Duit sekolah tetap kami dapat setiap hari…kononnya...disuruh menabung sebab kami kan  puasa..jumlahnya tak banyak cam zaman sekarang. Setiap hari duit yang dibagik tak lebih dari 20 sen! Jadik duit tu akaq simpan, lepas sekolah kami berbasikal pergi kedai apek. Nak intai kad raya “terhebat” pada zaman kami tu. Dengan duit cinonit gitu gaye…boleh lah beli kad raya sekeping dua. Gambar pilihan kalau tak yang ada bunga, pemandangan …mestilah yang ada katun2 lucu. Bajet punya hal…kadang2 cuma dapat beli kad yang bersaiz tak sampai 3 inci atau sekeping berbentuk cam poskad tu! Tak kisah lah tu..yang penting kad raya…namanya!


 Beriya…menulis kad raya…siap ada list…nama kawan2, pen-friend, sepupu sepapat, cikgu-cikgi …bagai…bukan apa… bimbang kalau2 ada penama yg tertinggal..Sekali ingat senyum sendiri…ngalahkan org yang nak buat jemputan kahwin..
 Lagik? …yang syoknya di akhir kalam mesti ada pantun 2 kerat yg famos seantero Malaya pada waktu itu.


“Pecah kaca, pecah gelas, lepas baca  WAJIB balas”…keh…keh…Paksa balas gituuuu!


 Alossss laaa…bila dah ramai sangat list, kadang2 bajet yang kami ada … burst lah pulak…maka kena carik idea yg lebih kreatif, instead of beli kad raya kat kedai apek, kami adik beradik tukar rancangan…kami beli kertas lukisan. Maka …bertabahlah…kami melukis sakan bila daaa…sampai rumah. Lukisan kami mestilah yang senang2 …seperti pokok kelapa dan rumah yang dipasang lampu merelip…dan tak lupa..orang lidi yang riang bermain bunga api!! Daaa…siap…kami bikin envelop nya  pulak…dan make sure kad tu ada nilai tambah…kami masukkan..sedikit wangian bedak…. Huh…Busy sungguh dengan segala macam “keras tangan”..sampai kerja sekolahpun kami kantoi!


Tika…itu..tiada apa yang nak dimalukan..sebab semua rakan sekolah turut melakukan hal yang sama. Malah siap ada yang berniaga…kad hasil lukisan tangan nan asli…kata mereka..kad gini gaye …lagi bermakna, dari tangan turun ke hati! Passss.. tu siap buat contest…sapa beli paling banyak, by end of the day…dapat hadiah …duit raye..50 sen! Waahh…so sweet!

Ok, bila daaa…dekat nak raya, bilangan kad raya kami kumpulkan bersama. Tengok siapa yang paling banyak dapat kad raya…dia champion!

Passsss… tu kad2 raya berkenaan kami gantung kat dinding rumah & kat pokok bunga kengkonon…hiasan rumah buat santapan tetamu…keh…keh…

Lani, tiada lagik nostalgia gitu gaye…ada tak ada …adalah message yg diterima melalui kiriman berbentuk nota pendek di twitter, sms mahupun laman FB.

Masa boleh merubah segalanya, tapi kenangan tak kira pahit ataupun manis..tetap kekal indah!

Pssst…semo gambar akaq tempek kat sini semonya ehsan google…tima kasih semo yang berkenaan! 

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Hehehe...rietta dulu piwn camtu...tgk dpe yg dpt plg byk...pastu gntung kt pokok...

Zie Noorzail said...

Thanks for ur card raya!cute...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...